15 December 2025

QI RAZALI KONGSI BERITA GEMBIRA ISTERI HAMIL ANAK SULUNG, BAKAL BERGELAR BABAH



"Tahun ini sangat baik buat saya kerana mendirikan rumah tangga dan menang anugerah pelakon terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) dan bakal menjadi bapa pula nanti.
"Sudah masuk lima bulan lebih dan ini merupakan kali pertama saya dedahkan sebab sebelum ini semua hanya teka-teka tapi saya tidak kongsikan.

"Kemungkinan akan melahirkan anak pertama ini pada penghujung Mac nanti, minta semua doakan semoga semuanya dipermudahkan."

Itulah kata pelakon Qi Razali, 48, dimana dia berkongsikan berita gembira isterinya, Wardah Hayati kini sedang berbadan dua dan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.

Jelas Qi lagi, anak sulung mereka dijangka bakal dilahirkan pada Mac tahun hadapan, selain menyifatkan 2025 adalah tahun yang baik buat dirinya ditambah bakal bergelar bapa serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik.

Dalam pada itu, Qi juga meluahkan rasa syukur isterinya tidak mengalami al@han t£ruk sepanjang kehamilan serta berkongsikan isterinya ada meminta makan pancake ketika waktu malam.

"Alhamdulilah keadaan isteri sangat baik tapi banyak penat sikit cuma ada la sikit-sikit isteri minta nak makan pancake dan minta pegang baju saya,' ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: