"Saya berada dalam keadaan yang suk@r untuk menjawab kerana ceritanya panjang dan masih dalam pr0ses. Fail k£s rujuk itu bukan daripada pihak saya.
"Sejujurnya, ini adalah cerita yang panjang. Saya baru sahaja menerima maklumat yang sebelum ini saya langsung tidak tahu dan perkara ini berlaku secara tiba-tiba.
"Saya serahkan sepenuhnya kepada peguam. Buat masa ini saya tidak boleh berkongsi apa-apa kerana masih berbincang dengan peguam."
Itulah jelas penyanyi Adira, dimana dia terk£jut apabila diberitahu mengenai bekas suaminya, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red didakwa telah memfailkan pengesahan rujuk tanpa pengetahuannya pada Rabu lalu.
Kata Adira, perkara itu diketahuinya setelah dimaklumkan oleh peguam serta mengatakan fail tersebut bukan daripada pihaknya.
Dalam pada itu, Adira memberitahu, fikirannya ser@but berikutan situasi yang sedang berlaku secara tiba-tiba, selain berkata, fokus utamanya kini adalah menjaga kebajikan anak-anak serta kerjaya.
"Saya berharap semua urusan ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana saya tidak mampu menghadapi drama seperti ini lagi. Cukuplah apa yang telah berlaku.
"Cuma ketika ini saya benar-benar pening dan berharap saya diberi kekuatan. Saya ikhlas menerima apa yang terjadi.
"Fokus utama saya sekarang hanyalah anak dan kerja. Saya cuma berharap orang ramai mendoakan urusan saya ini dipermudahkan," tuturnya.
Maklum Adira lagi, hubungannya dengan bekas suaminya itu sekadar ibu dan bapa kepada anak-anak mereka tanpa perasaan lain.
"Saya menghormati dia hanya sebagai bapa kepada anak-anak, itu sahaja," ujarnya yang dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan Datuk Red.
Sebelum ini, mereka didakwa telah rujuk semula ketika tempoh idah selepas sumber memberitahu, Datuk Red dikatakan telah kembali bersama Adira dan baru saja memfailkan pengesahan rujuk dua hari lalu.
Permohonan pengesahan rujuk dikatakan telah difailkan di Mahkamah Syariah Gombak Barat dan tarikh sebutan dijadualkan pada 20 Januari depan, sekaligus menguatkan dakwaan berkenaan.
Untuk makluman, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015, namun mereka bercerai pada 24 April tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment