"Saya tak meny£sal langsung buka baju masa konsert 2008 itu. Sebab itulah punca saya jadi Faizal Tahir yang hari ini.
"Masa peristiwa itu berlaku, saya 'diban' untuk beberapa bulan dari dunia seni, tapi yang paling bagus saya dihukvm melakukan kerja sosial.
"Masa itulah saya ke rumah anak yatim, bantu orang sana sini sebagai hukvman. Tapi rupanya itu yang buka hati saya untuk terlibat dalam kerja kemanusiaan."
Demikian kongsi penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir, 47, kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G@z@ Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri yang dimuat naik dalam satu hantarannya di media sosial.
Dalam perkongsian itu, Faizal menyifatkan peristiwa hitam yang menc£tuskan kemar@han ramai satu ketika dulu sebenarnya menjadi titik tolak atau 'turning point' terbesar yang mengubah landskap hidup dan kerjaya seninya.
Menurut pemilik nama Ahmad Faizal Mohammad Tahir, walaupun tindakannya itu menyebabkan dia dig@ntung daripada muncul di televisyen dan dikenakan hukvman kerja sosial, ia sebenarnya adalah 'rahmat di sebalik duk@'.
Terdahulu, Faizal pernah menc£tuskan kontr0versi gara-gara aksi tidak berbaju di khalayak, namun kini dia lebih selesa 'berperang' di zon k0nflik demi misi kemanusiaan selepas mengakui peristiwa tahun 2008 itu adalah titik perubahan paling bermakna buat dirinya.
Berkongsi lanjut, pelantun lagu 'Gemuruh' itu mengakui pernah merasa megah dengan populariti selepas satu persembahan di Hard Rock Cafe sekitar tahun 2010 sebelum hatinya 'dij£ntik' dengan satu peristiwa di peringkat antarabangsa.
"Masa itu memang rasa 'power', orang jerit nama saya, rasa macam di puncak dunia. Malam itu, saya balik rumah dan buka Twitter untuk belek-belek berita.
"Tapi yang keluar masa itu bukan berita Faizal penyanyi nombor satu Malaysia, tapi berita pasal Mavi Marmara. Bila saya baca berita itu, orang tengah naik kapal ke G@z@ sampai sy@hid kena temb@k.
"Saya sebut pada diri sendiri, 'Ya Allah, aku tengah buat apa dengan hidup aku ini'? Orang lain tengah m@ti untuk perjuangan, tapi aku sibuk dengan kehidupan sendiri," tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Nadir turut memuji komitmen Faizal yang kini bukan sekadar artis nombor satu, malah sanggup berdepan bah@ya demi misi kemanusiaan termasuk ke Syr1a dan Sud@n.
"Saya yakin kalian pun kenal Faizal Tahir yang sekarang, ke hulu hilir ikut misi ke Syr1a, Jepun dan kali ini bersama kami ke Sud@n. Saya maklum siap-siap kepada Abang Faizal.
"Misi kali ini mencab@r, kena naik kenderaan 4x4 selama 20 jam, ini misi kali pertama selepas p£rang, tak tahu nak jadi apa.
"Lapangan terbang Sud@n ini tempat k0nflik, beris1ko s£rangan dr0n. Tapi jawapan Abang Faizal tetap sama iaitu 'Boleh!' Alhamdulillah," tulisnya.
Tambahnya lagi, sehingga kini, Faizal masih dianggap antara artis popular negara, malah dalam masa sama dia berjaya menjadi juara di hati ummah yang sedang terluk@.
Nadir dalam masa sama turut berharap agar Allah SWT terus 'menggunakan' setiap insan sebaik mungkin, selaras dengan kemampuan dan kekuatan yang dimiliki masing-masing.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment