19 December 2025

KAMAL ADLI AKUI PUNYAI BUKTI, ADA KESAN KEKAL DI BADANNYA : "LEB4M ITU KENA PUKVL ATAUPUN DARIPADA ORANG YANG TAH4N DIPUKVL... KAU CAKAP DEPAN-DEPAN SEBAB KAU ISTERI AKU LAGI, TAK PAYAH CERITA DEKAT 'COACH CERAI'..."



"Benda itulah gambar dia tunjuk beberapa tahun lepas. Dia ulang benda sama. Foto itulah dia tunjuk kat mak dan bapa saya. Gambar itu cuba pergi tunjuk dekat for£nsik, leb@m itu sebab kena pukvl ataupun leb@m daripada orang yang tahan dipukul? Itu saya nak tahu."

Itulah jelas pelakon Kamal Adli, 39, dimana dia tampil memberi penjelasan berhubung foto ditunjukkan isterinya, pelakon Uqasha Senrose yang didakwa menjadi m@ngsa kegan@san rumah tangga.

Dakwa Kamal, imej tersebut merupakan gambar lama yang diulang semula, malah turut meminta supaya gambar tersebut diberikan kepada unit for£nsik untuk mengesahkan perkara sebenar.

Kamal yang ditemui selepas pr0siding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis, dalam masa sama juga memberi bayangan yang dia juga kena perkara sama seperti yang didakwa isterinya.

"Saya pun ada gambar-gambar bukti semua itu. Ada k£san kekal di badan yang saya tak boleh buang dah. Saya tak t@kut dengan laporan polis sebab saya memang tidak pukvl.

Klik untuk gambar besar

"Saya dah agak dah benda ini," katanya yang turut memberi am@ran kepada isterinya dan individu yang digelar sebagai 'coach cerai'.

Dalam pada itu, Kamal turut meluahkan rasa tidak adil terhadap situasi yang dihadapinya dan meminta agar segala isu rumah tangga diselesaikan secara bersemuka kerana mereka masih bergelar suami isteri.

"Saya rasa benda ini tak adil untuk saya. Kalau kau tak puas hati, kau datang jumpa aku. Kau cakap depan-depan dekat aku sebab kau isteri aku lagi. Kau tak payah nak cerita dekat 'coach cerai' sampai lapan jam boleh duduk dengan orang itu," ujarnya.

Selain itu, Kamal juga menyuarakan rasa terkil@n terhadap 'coach cerai' yang didakwa mendengar cerita sebelah pihak tanpa pernah berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan.
"Coach cerai itu, setiap kali datang, tak pernah pun nak menghadap aku. Kau boleh dengar cerita sebelah sana sahaja," tutur Kamal.

Tambahnya lagi, dia juga sentiasa bersedia untuk berjumpa dan berbincang secara matang, namun mendakwa pihak terlibat memilih untuk mengelak dan membawa isu tersebut secara terbuka.

"Datanglah jumpa aku. Aku ada, aku sedia sahaja untuk jumpa dengan kau. Asal kau lari? Pergi cerita dekat p0dcast apa semua," katanya.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: