01 December 2025

DEDAH ADA 20 RUMAH, NILAI HARTANAH CECAH RM50 JUTA - DATUK SERI VIDA BERI STAF & SAUDARA-MARA DUDUK SECARA PERCUMA : "BIL API, AIR SEMUA SAYA BAYAR... SEMOGA APA YANG SAYA BUAT INI JADI SAHAM DI AKHIRAT"



"Saya ada 20 buah rumah, tapi hanya sebuah rumah sahaja saya diami sekarang. Selebihnya saya bagi staf dan saudara-mara tinggal percuma. Bil api, air semua saya bayar.

"Itulah tanggungjawab saya kepada mereka yang dekat, harapnya apa yang saya bantu memberikan kesenangan buat mereka, Insya-Allah."

Demikian dedah usahawan sens@si, Datuk Seri Vida, 54, dimana dia memiliki kira-kira 20 unit kediaman dan sebahagian besar rumah itu dihuni pekerja serta saudara-mara yang tinggal secara percuma.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, pemberian itu dianggap sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial terhadap individu terdekat dalam hidupnya.

Disamping itu, Vida turut berkongsi, keseluruhan nilai hartanah yang dimilikinya mencecah RM50 juta, meliputi kediaman jenis banglo dan lot tepi (corner lot) di kawasan komersial yang strategik.

Vida yang merupakan seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini bagaimanapun berkata, walaupun ada pihak yang berminat untuk membeli, dia tidak bercadang untuk menjual mana-mana unit rumah tersebut.

Klik untuk gambar besar

"Semua 20 buah rumah itu lebih kurang RM50 juta. Kawasan yang saya beli kebanyakannya komersial. Ada yang harga RM2 juta seunit, RM1 juta, RM600,000… saya memang ambil corner lot dan banglo.

"Ada orang nak beli, cuma saya tak mahu jual lagi. Kalau saya jual sekarang, nak dapat semula tanah dan kawasan macam itu memang tak akan jumpa. Jadi saya simpan sahaja untuk generasi akan datang.

"Semoga apa yang saya buat ini jadi saham di akhirat," jelasnya yang turut memberitahu, dia tidak membeli rumah sebagai pel@buran, sebaliknya minat terhadap seni bina dan suasana persekitaran menjadi faktor utamanya membeli kediaman tersebut.

"Sebenarnya rumah dekat Ipoh ini tak boleh dijadikan pelaburan sangat, harga dia tak naik tinggi. Saya beli rumah sebab saya suka.

"Sebelum beli, saya akan tengok dulu keadaan sekeliling, macam 'feng shui' dan aura kawasan itu. Saya beli ikut tempat yang saya rasa ada aura p0sitif," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: