"Untuk wanita di luar sana sebagai ibu tunggal kena ingat semua hanya pinjaman. Apa paling penting jangan pernah bercerita mengenai a1b bekas pasangan masing-masing.
"Bagaimana untuk kita menyelesaikan mas@lah, kita kena pandang muka anak-anak sebab bila awak mengata pasangan, awak akan mengata diri anak-anak sebenarnya."
Demikian nasihat pelakon Rebecca Nur Al Islam, dimana dia menitipkan kepada ibu tunggal diluar sana agar tidak membuka a1b bekas pasangan selepas melalui perpisahan.
Rebecca menerusi satu video, berkata, dalam kehidupan ini semuanya hanyalah pinjaman dan sebelum mahu membuka a1b bekas pasangan lihat wajah anak-anak.
Tambah Rebecca lagi, dia yang juga ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata itu perlu kuatkan dirinya untuk bangkit demi anak-anaknya.
"Seperti yang anda semua tahu, saya baru menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada tujuh cahaya mata dan perlu membiasakan diri.
"Allah bagi kita sesuatu benda yang tanggungjawabnya lagi besar. Kita tak boleh pentingkan diri sendiri.
"Apabila berlakunya perpisahan antara saya dengan bekas suami, saya kena kuatkan diri saya," kataya yang turut berkongsi, hubungan bekas suami dengan anak-anak masih dalam keadaan baik.
"Kita cuba yang terbaik sebagai keluarga. Bapa (bekas suami) mereka pun masih okey dengan anak-anak. Alhamdulillah okey saja, ayah mereka takkan saya nak halang," tuturnya.
Untuk makluman, Rebecca dan Datuk Nur Azman Sulaiman berpisah selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga dan mereka mempunyai enam cahaya mata serta seorang anak angkat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment