"Saya puji suami saya Ezwan Zain kerana melakukan segala-galanya. Saya berasa bertuah di atas penat lelah, peng0rbanannya yang tidak tidur malam semata-mata untuk majlis pada malam ini.
"Malah sehingga melangkah ke dalam dewan, dia masih lagi bimbangkan semua orang dan mahukan semua tetamu gembira. Saya akan semat memori ini selama-lamanya dan bimbinglah saya dengan baik. Saya ingin menjadi isteri yang baik buat awak."
Itulah kata pelakon Erra Fazira, dimana dia meluahkan rasa terharu atas kesungguhan suami tercinta, Ezwan Zain yang bersus@h payah merealisasikan majlis resepsi penuh indah di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Erra dalam ucapannya memuji kesungguhan Ezwan serta menghargai setiap usaha dan peng0rbanan yang dilakukan, selain berjanji untuk menjadi isteri terbaik.
Sementara itu, Ezwan yang menganjurkan majlis resepsi bertemakan 'When Two Worlds Collide' ini berkata, majlis itu dibuat dengan cukup istimewa khas buat isteri tersayang.
Klik untuk gambar besar
"Majlis ini dirancang khas untuk awak kerana awak layak diraikan dengan penuh kasih, keindahan dan ketenangan. Walaupun kita semua tahu perancangan perkahwinan memang menguji sedikit kesabaran, tapi Alhamdulillah Tuhan permudahkan semuanya.
"Terima kasih kerana memilih saya serta di atas kepercayaan, kesabaran dan kasih sayang diberikan. Saya berjanji kita akan terus bersama, belajar dan sentiasa berada di sisi awak.
"Saya mungkin tidak sempurna tetapi saja berjanji di hadapan semua yang hadir pada malam ini untuk menjaga amanah ini sebaiknya dengan membina rumah tangga yang sakinah dan mawadah," katanya.
Bukan itu sahaja, malah Ezwan turut membuat k£jutan apabila menyanyi lagu bergenre broadway yang diciptakan khas buat isterinya berjudul 'Cinta Erra' sambil menari sebagai hadiah.
Majlis resepsi itu dihadiri kira-kira 500 tetamu dan dihiburkan dengan persembahan daripada Noryn Aziz, Ning Baizura dan Sean Ghazi.
Antara tetamu yang hadir pada majlis itu ialah Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Ziela Jalil, Datuk Nora Ariffin, Azwan Ali, Raja Azura, Lisdawaty, Norman Hakim, Linda Rafar, Diana Rafar dan ramai lagi.
Untuk makluman, Erra dan Ezwan selamat bernikah pada 12 Disember lalu di Kg Melayu Subang, Selangor.
Pasangan itu kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi pada 13 Disember khusus buat keluarga dan rakan media dengan bertemakan klasik.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment