28 December 2025

TINDAKAN BUAT TR£ND 'HAI ORANG BARU' TERIMA PELBAGAI REAKSI - INI RESPON BALU ABAM BOCEY



Balu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey iaitu Hidayah Hamzah baru-baru ini telah memuat naik satu perkongsian video di media.
Video yang dikongsikan itu menerima pelbagai reaksi, malah turut mengundang perd£batan dalam kalangan netizen.

Dalam video tersebut, Hidayah memuat naik beberapa keping foto yang disusun mengikut naratif, bermula dengan gambar bersama Allahyarham Abam sebelum memaparkan foto pusara arwah dengan tulisan di foto tertulis 'sampai jumpa, goodbye sayang'.

Perkongsian itu kemudiannya disusuli dengan satu lagi foto bersama lelaki yang dipercayai kekasih baharunya, disertakan tulisan 'hai orang baru'.

Menjengah ke ruangan komen, ada dikalangan netizen meluahkan rasa kurang senang dan menganggap kandungan tersebut tidak wajar.

"Kalau ditakdirkan suami aku pergi dulu, aku tak mungkin buat video macam ni sebab dalam hidup aku hanya ada satu kali pernikahan dengan seorang sahaja."

"Jumpa orang baru tak kesah pun kak, yang sal@h tu kak buat tr£nd benda ni guna gambar arwah yang dah tak ada. Maksud akak macam mana tu?" antara komen netizen.

Namun begitu, ada juga yang tampil mempertah@nkan dan berpendapat Hidayah berhak mencari kebahagiaan baharu tanpa perlu dipers0alkan.

"Dia berhak cari kebahagiaan baru. Bukan bermakna dia lupakan yang sudah tiada."

"Yang pergi biarlah pergi, yang hidup ni masih berhak untuk hidup bahagia. Lantaklah dia nak buat apa pun, janji tak usik duit korang sesen pun," tulis beberapa netizen.

Susulan komen netizen itu, Hidayah tampil memberi respons dan meminta orang ramai agar tidak membuat andaian tanpa mengetahui keadaan sebenar.

"Alahai, komen pun jangan buat andaian sendiri kalau kita tak tahu. Mendoakan jauh lebih baik. Saya tak akan lupa arwah sampai bila-bila walaupun ada pasangan.

"Arwah tetap ayah kepada anak saya Hamzah dan tetap menjadi suami saya di syurga. Allah lebih mengetahui. Doa yang baik-baik," tuturnya.

Untuk makluman, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam pada 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia enam tahun.

Industri hiburan tempatan dik£jutkan dengan pemergian Abam yang meninggal dunia akib@t dem@m pan@s pada 10 Februari 2020.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: