27 December 2025

BILA KAMAL BAL4S HANTARAN SEORANG PEMILIK AKAUN THR£ADS : "AYAH PUN ADA KALAU 'BUSY' (SIBUK)"



Baru-baru ini, seorang pemilik akaun Thr£ads telah memuat naik video memaparkan pelakon Uqasha Senrose bersama anaknya, Hawra Uqaira.
Video itu turut disertakan dengan keterangan mengenai rasa simpatinya kepada Uqasha yang perlu melayan anak selepas penat bekerja.

"Kasihan Sha (Uqasha). Penat-penat balik sh00ting (penggambaran), terus melayan anak pula. Hanya dia yang tahu dan rasa apa yang dia alami.

"Semoga Allah SWT permudahkan urusan Sha dengan sinar baharu untuk tahun 2026 ini," tulisnya yang turut menanda (tag) nama akaun Thr£ads Uqasha.

Hantaran itu telah mendapat maklum bal@s daripada suami kepada Uqasha yang juga pelakon iaitu Kamal Adli : "Ayah pun ada klu (kalau) busy (sibuk)."

Bagaimanapun, wanita itu tidak membal@s komen Kamal, meskipun diasak netizen lain yang mahukan jawapan daripadanya.

"Sis, dah lebih 16 jam. Okay tak okay?"

"Ya! Caption (keterangan) mengund@ng macamlah ayahnya dah meninggal, kan. Tak nak responkah? Ayah kandungnya dah bunyi (jawab)."

"Mudahkanlah urusan orang. Cakaplah kasihan Kamal, hanya dia sahaja tahu apa yang dia lalui. Barulah adil," tulis netizen lain.

Bagaimanapun, wanita itu hanya memuat naik beberapa hantaran baharu berupa kata-kata mutiara kepada dirinya di samping potongan ayat kelapan Surah Al-Araf.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: