27 December 2025

"SAL4H SATU IMPIAN NAYLA DAH TERCAPAI" - AYDA JEBAT & SUAMI TERK£JUT BAKAL TIMANG ANAK KETIGA PEREMPUAN KETIKA 'GENDER REVEAL', AKUI DAH BELI BARANG 'BABY' WARNA BIRU



Pasangan selebriti, Ayda Jebat, 33, dan Nabil Mahir, 37, yang mengadakan acara 'gender reveal' anak ketiga mereka pagi tadi itu terk£jut apabila bakal menimang cahaya mata perempuan lagi.
Jelas Nabil, sewaktu isterinya membuat pemeriksaan kandungan, mereka sudah memaklumkan kepada doktor agar merahsiakan jantina anak dan memasukkan keputusan itu ke dalam sampul.

"Sebenarnya tiada siapa pun yang tahu jantina anak kami sebelum ini. Kami sendiri pun tak tahu. Bila kita buat pemeriksaan kesihatan dan jantina bayi, kami sudah maklumkan lebih awal kepada doktor yang kami tidak mahu tahu dahulu tentang jantina bayi sebab nak k£jutan.

"Sejak itu, doktor yang membuat pemeriksaan sepanjang pr0ses kehamilan pun risau t@kut terlepas cakap. Jadi, jururawatnya yang bacakan maklumat kesihatan bayi kepada kami.

"Alhamdulillah, bayi dalam kandungan sihat. Hanya jururawat yang tahu mengenai jantina bayi kami dan dia masukkan maklumat ke dalam sampul surat.

Klik untuk gambar besar
"Baru pagi tadi rakan kami sahkan dan rancang tentang perjalanan 'gender reveal' ini. Jadi, kami pun baru tahu (jantina anak) tadi," ujarnya.

Turut berlangsung pada pagi tersebut adalah pelancaran muzik video lagu terbaharu Ayda berjudul 'Kentoot' serta sambutan hari lahir anak keduanya, Aali Mateen yang ke dua tahun.

Dalam pada itu, Nabil dan Ayda tetap meluahkan rasa syukur atas rezeki kurniaan Allah buat keluarga mereka dan pada masa sama, dapat menunaikan impian anak sulung mereka, Ana Nayla yang mengimpikan adik perempuan.

"Sebenarnya, tak kisah pun bayi lelaki atau perempuan. Yang penting, bayi dalam keadaan sihat. Jadi, saya mohon doa semua agar doakan yang baik-baik.
"Satu lagi yang membuatkan saya rasa sangat gembira kerana Nayla nak adik perempuan. Jadi, apabila dikurniakan bayi perempuan, rasa macam sal@h satu impian Nayla dah tercapai," katanya.

Sementara itu, Ayda turut berkongsi, dimana dia meramalkan bakal menimang cahaya mata lelaki kerana pengalaman kehamilan kali ini dirasakannya hampir sama ketika menghamilkan Aali.

"Berdasarkan pengalaman lalu, bentuk perut dan cara mengidam, kami rasa bakal timang anak lelaki. Pengalamannya macam sama seperti saya hamilkan Aali.

"Bila tengok imbasan ultra sound. Kami hanya lihat muka sahaja. Kami sudah beli baby cot, tilam dan selimut barwarna biru. Tak tahulah sama ada kami perlu tukar atau tidak," jelas penyanyi dan pelakon itu.
Tambahnya lagi, kehamilan kali ini sememangnya agak mencab@r, apatah lagi apabila terpaksa berdepan dengan jadual kerja yang padat.

"Sejujurnya saya memang sangat penat. Bila Nabil buat story board untuk muzik video, saya minta untuk tidak kerap muncul di dalamnya.

"Biarlah artis lain yang banyak keluar, saya hanya mahu selit-selit sahaja. Pada kehamilan kali ketiga ini, saya tak tahu sama ada faktor usia atau saiz kandungan, saya jadi makin penat dan tercungap-cungap.

"Saya tak pernah rasa keadaan seperti ini pada dua kehamilan terdahulu," kata Ayda yang dijangka bakal melahirkan cahaya mata ketiganya itu pada penghujung Januari tahun hadapan.
Disamping itu, Nabil menjelaskan, walau apa pun jantina anak yang bakal dilahirkan, dia lebih mengutamakan tahap kesihatan bayi tersebut.

"Alhamdulillah. Kami bersyukur bakal dikurniakan cahaya mata perempuan. Sebenarnya tak kisahlah anak lelaki atau perempuan, yang penting keadaannya sihat.

"Tolong doakan yang baik-baik. Lagi pun Nayla memang nak ada adik perempuan. Kiranya kami berjaya buat impiannya tercapai. Dia mahu panggil adiknya itu Mimi. Jadi, kami kena fikirkan nama yang sesuai," tuturnya.

Untuk makluman, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan kini mereka sudah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: