"Kami hanya meraikan sambutan hari jadi anak kepada dua rakan. Salah seorang yang diraikan itu bukan Melayu dan beragama Islam.
"Sebenarnya, saya dan Mona memang memiliki ramai saudara mara yang bukan beragama Islam. Kita juga hanya main permainan 'musical chair' dan bukannya bertukar hadiah?"
Demikian jelas pelakon Pekin Ibrahim, dimana dia tampil menafikan dakwaaan dirinya dan isteri, pelakon Mona Allen menyambut sambutan kr1sm@s (Hari Natal) seperti mana tularnya video di media sosial, baru-baru ini.
Menurut Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim, dia dan isteri hanya menghadiri majlis sambutan hari lahir teman rapat serta keluarga terdekat.
Dalam pada itu, Pekin turut mengulas mengenai pakaian, dimana katanya, bahawa mereka memakai baju tidur kerana majlis hari jadi tersebut diadakan di kediaman keluarga.
"Majlis itu hanya untuk keluarga terdekat dan kawan rapat saja sebab itu kami hanya pakai baju tidur saja.
"Sebab itu kami tidak 'post' atau buat 'live' majlis itu. Sebaliknya ada bibik (pembantu rumah) yang buat 'live' di majlis itu dan pada mulanya saya fikir dia buat video saja," ujar pelakon filem 'Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat R£mpit' ini.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Pekin turut meluahkan rasa k£sal apabila gambar isterinya tidak berhijab tersebar, serta menganggap individu yang menyebarkan video tersebut sebagai mun@fik kerana telah menimbulkan fitn@h terhadap isterinya.
"Kami baru sampai rumah dan keluar dari kereta untuk majlis hari jadi itu dan Mona tengah pegang anak yang sedang tidur dan mana sempat nak pakai tudung?
"Kami pun tidak tahu ada kawan Mona yang buat 'live' ketika kami sampai tapi Mona sudah cakap pada kawannya itu untuk alihkan kamera sebab dia tak pakai tudung. Sebab itu dalam video seterusnya, Mona sudah pakai tudung.
"Jadi bagi saya, orang yang sebarkan video itu hingga tular lagi mun@fik sebenarnya kerana ia boleh timbulkan fitn@h dan jawablah dengan Allah di akhirat nanti," tuturnya.
Terdahulu, tular video memaparkan pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen yang didakwa meraikan sambutan Hari Kr1sm@s.
Dalam video yang dirakam dari siaran langsung akaun TikT0k Reenazach itu, kelihatan pasangan selebriti terbabit didakwa meraikan Hari Natal selepas didakwa bermain 'secret s@nta' yang begitu sinonim dengan perayaan tersebut.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment