27 December 2025

'SERAH' DIRI KE HOSPITAL - REMY ISHAK ALAMI R£NJATAN ELEKTRIK DI DADA TIGA KALI



"Masa tengah latihan 'super saturday' tadi, tiba-tiba macam ada elektrik sh0t dekat kawasan dada, tiga kali."
Itulah kata pelakon Datuk Remy Ishak, 43, mengenai perkembangan kesihatannya, dimana dia terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan selepas bahagian dadanya tiba-tiba berasa tidak selesa ketika bersenam pada Sabtu.

Jelas Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, ketika kejadian, dadanya seperti terkena r£njatan elektrik sebanyak tiga kali.

Perkara itu dikongsikan Remy menerusi media sosial miliknya, yang turut memaklumkan, dia sudah berada di hospital untuk pemantauan selanjutnya.

Tutur Remy lagi, dia mengakui p@nik, namun cuba menenangkan diri dengan mengawal pernafasan, sebelum meneruskan dan menghabiskan sesi senaman tersebut.

Klik untuk gambar besar
Kemudian Remy mengambil keputusan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital, demi keselamatan.

"P@nik sekejap tapi berjaya kawal nafas dan habiskan sesi 'workout' hari ini. Pergi hospital buat 'check up'," katanya.

Dalam nada berselor0h, Remy memberitahu, doktor yang merawatnya sempat bergurau mengatakan dia seolah-olah mendapat 'kuasa baharu', namun begitu, dia turut dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi.

"Doktor kata saya dapat 'kuasa baru', tenaga itu tengah mengalir dalam badan. Cuma satu dia pesan kena banyak rehat," kongsinya lagi.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: