"Saya sudah agak akan ada komen kurang enak. Saya tidak sambut Hari Natal kerana itu bukan agama saya.
"Pembantu rumah saya beragama Kristian, jadi saya raikan dia dengan bawakan keluarganya datang ke Kuala Lumpur untuk mereka sambut bersama.
"Bukan saya menari atau meraikan sekali. Niat saya sekadar mahu menyatukan keluarga mereka yang sudah lama tidak berjumpa."
Demikian jelas pelakon Datin Intan Najuwa, 28, dimana dia meluahkan rasa k£sal apabila tindakannya membawa keluarga pembantu rumah ke Kuala Lumpur disal@h tafsir kononnya menyambut Hari Natal bersama mereka.
Kata Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, dakwaan itu langsung tidak berasas kerana dia sama sekali tidak meraikan perayaan berkenaan.
Ujarnya lagi, paling penting, tindakannya tersebut lahir daripada rasa kemanusiaan dan penghargaan terhadap pembantu rumahnya, Jussele, yang menjaga anaknya, Imane Lunara dengan penuh kasih sayang.
Malah, pelakon drama 'Tuan Danial' itu men£gaskan, niat baik tidak seharusnya diputar b£lit sehingga menc£tuskan sal@h faham melamp@u.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian tersebut menc£tuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk sokongan terhadap keikhlasan Intan.
"Ini contoh majikan berhati mulia, bukan semua orang mampu buat begini. P£lik kenapa ada sahaja modal pemb£nci mahu hent@m Intan."
"Niat dia jelas, tak perlu heret isu agama ke arah neg@tif. Dah kalau pembantu dia Christian takkan mahu sambut Deepavali pula."
"Kalau semua majikan fikir macam Intan, dunia lebih aman tapi itulah, ada sahaja orang yang suka c£tus sal@h faham, padahal benda tiada apa pun," antara komen netizen.
Sebelum ini, Intan berkongsi telah menerbangkan keluarga Jussele ke Kuala Lumpur sempena musim perayaan kerana memahami kerinduan pembantu rumahnya terhadap ahli keluarga.
Malah, tindakan itu turut dipuji segelintir netizen sebagai cerminan sikap matang dan perikemanusiaan seorang majikan, meskipun ada pihak cuba menangguk di air keruh dengan persepsi neg@tif.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment