"Alhamdulillah syukur, selesai graduasinya. Anak sulung saya (terima anugerah) President's List dan kedua Dean's List. Satu kebanggaan buat saya dan isteri.
"Saya memang mementingkan pelajaran anak-anak saya. Macam mana sekalipun, apa yang berlaku dalam hidup saya, apa yang berlaku dalam kerjaya saya, anak-anak saya ini saya utamakan pelajaran dulu.
"Apa yang mereka mahu untuk pelajaran mereka, saya akan cuba hidangkan sebaik mungkin. Alhamdulillah mereka ini digalakkan dari kecil untuk membaca, belajar dan sebagainya. Dan mereka mempunyai minat belajar sampailah ke hari ini.
"Insya-Allah anak saya ini mungkin akan menyambung di peringkat ijazah sarjana," demikian tutur vokalis kumpulan Wings, Awie, 57, dimana pendidikan dan masa depan anak-anak tetap menjadi keutamaannya walau apapun terjadi dalam kehidupan dan kerjayanya.
Ujar Awie nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, itu lagi, kegembiraannya pada hari ini berganda kerana kedua-dua anaknya diangkat penerima Anugerah Presiden dan Anugerah Dekan.
Anak sulung Awie, Putri Aleeya Antasha, 25, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara, manakala anak keduanya, Putri Aleefa Antasha, 23, Ijazah Sarjana Muda Fotografi dan Video Kreatif serta antara 2,453 graduan daripada 128 program akademik yang diraikan majlis itu.
Dalam pada itu, Awie turut berkongsi, selain Aleeya dan Aleefa, anak lelakinya, Putra Ahmad Merrah kini menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pengajian Perniagaan.
Klik untuk gambar besar
"Kalau kita sahaja mahu, mereka tidak mahu pun sus@h juga. Jadi bila berbincang, saya dengan anak-anak macam kawan, kita berbincang elok-elok. Mereka tanya apa hendak buat, apa arah tuju dan ke mana hendak pergi.
"Jadi saya bagi idea, mereka setuju dan mereka memulakan langkahnya, malah saya sudah menyiapkan mereka dengan syarikat masing-masing untuk diuruskan," katanya ketika ditemui dalam Majlis Konvokesyen ke-36 Management and Science University (MSU) di Dewan Canselor MSU.
Sementara itu, Putri Aleefa berkata, dia teruja dapat menggembirakan ayah dan ibunya dengan kejayaan diraih dalam pendidikan.
"Saya kini bekerja sebagai krew pr0duksi bebas. Saya akan kerja dengan mana-mana syarikat pr0duksi yang minat mengambil perkhidmatan saya.
"Impian saya untuk menjadi penerbit filem pada masa akan datang. Ayah (Awie) ada juga minta saya berlatih tulis skrip sebagai persediaan ke arah itu (menerbit filem)," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment