06 December 2025

"DULU TAK BERIA POST VIDEO ATAU GAMBAR ANAK?... ADA TAK AWAK PERNAH AMBIL VIDEO SAYA DENGAN ANAK & POST?" - UQASHA SENROSE LUAH RASA KECEWA ANAK DIJADIKAN 'P£LURU'



"Ya, pada mulanya memang berat hati teramat saya nak bagi anak perempuan, atas dasar apa tak apa hanya saya, dia dengan Allah yang tahu. Selepas beberapa ketika, perlahan-lahan saya paksa diri untuk percaya.

"Dia masih bayi dan perempuan pula tu. Tolong berhenti dengan gunakan anak please, dia baby girl. Last, jika awak masih gunakan anak sebagai 'bull£t' (p£luru), saya tidak akan berdiam diri.

"Dulu tak beria nak anak? Dulu tak beria post video atau gambar anak? Siapa yang selalu post video awak dengan anak? Untuk tunjuk to the world how loving father you are (kepada dunia betapa penyayangnya awak).

"Ada tak awak pernah ambil video saya dengan anak dan post? Saya had to record myself as memories (Saya terpaksa rakam sendiri untuk simpan memori kami)."

Klik untuk gambar besar

Itulah ujar pelakon Uqasha Senrose, 33, dimana dia meluahkan rasa kec£wa terhadap situasi membabitkan anaknya, Hawra Uqaira yang didakwa semakin rum1t oleh pihak tertentu, termasuk suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli.

Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial, tidak dapat menahan em0si apabila melihat anaknya dijadikan 'p£luru' dalam pertik@ian peribadi.

Malah, Uqasha turut mempertik@ikan sikap pihak terbabit yang sejak kebelakangan ini kerap merakam dan memuat naik video bersama anak, seolah-olah mahu menunjuk betapa penyayangnya mereka.
Katanya lagi, dia sendiri terpaksa merakam momen bersama anak sendiri semata-mata untuk menyimpan memori berharga mereka.

Bukan itu sahaja, Uqasha juga ada menceritakan tentang situasi ketika ada perbincangan untuk mengambil barang peribadinya di rumah yang perlu ditetapkan tarikh.

"Fuh penat macam ni, kenapa? Bila-bila saya tak kasi Masya-Allah? Saya ambil tutor, 'private playschool' untuk anak, dia ada kelas. Dan untuk saya nak ke rumah yang penuh barang saya pun kena ada tarikh jugak? Jadi? Apa ni?
"Dan bila awak cakap terjumpa dan was planned with my brother, sudah tentu dengan izin walaupun awak cakap jangan bagitau siapa-siapa. Saya ibu dia, sudah tentu ibu saya pun aware mengenai hal ini.

"Kalau tak, tak akan Uqaira boleh dibawa keluar macam tu je? Fitn@h apa lagi ni? Oh nak ambil barang barang saya dekat rumah kena booking?" tuturnya.

Sebelum ini, Uqasha yang mendirikan rumah tangga bersama Kamal pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang itu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: