06 December 2025

SEDIA BERGELAR IBU - YUNA MOHON DOA DIPERMUDAHKAN REZEKI ZURIAT, ENGGAN ULAS LANJUT KEMUNGKINAN GUNA KAEDAH IVF



"Sudah tentu saya ada perancangan mahu ada keluarga sendiri, itu antara 'goals' saya dalam hidup. Itu antara perkara yang penting bagi saya selain muzik dan kesihatan.

"Bila usia makin meningkat, saya sudah mula rasa s@kit belakang... jadi kenalah jaga diri dengan berdiet dan bersenam."

Demikian kata penyanyi Yuna, 39, yang mengakui dirinya kini menyimpan hasrat besar untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Adam Sinclair, selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar

Ujar Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara'ai, selain kerjaya seni dan menjaga kesihatan diri, impian membina keluarga sendiri menjadi antara matlamat utama dalam hidupnya.

Kini berada pada fasa yang lebih stabil selepas kembali menetap di Malaysia, Yuna menjelaskan, dia dan suami enggan terburu-buru, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki Allah.
"Sekarang kami berada di tempat yang betul, dah pulang ke Malaysia. Keluarga pun sangat menyokong. Cuma belum ada rezeki lagi... Insya-Allah, doakan untuk saya," tuturnya.

Yuna bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kemungkinan menggunakan kaedah moden seperti IVF kerana menganggap perkara itu terlalu peribadi.

"Bagaimana cara untuk kami mempunyai anak, kami biarkan ia secara privasi," tuturnya yang mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 26 Januari 2018 dalam majlis tertutup di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: