"Izinkan saya berduk@ malam ini (Jumaat). Inilah insan yang selalu mengal@h demi anak-anak, sentiasa berusaha membahagiakan mereka dan juga sesiapa sahaja di sekelilingnya.
"Malam ini (semalam) saya berasa benar-benar hilang arah... alangkah baiknya jika saya masih diberi sedikit masa untuk memeluknya, untuk memberitahunya betapa saya menghargai segala kebaikan yang telah dicurahkan buat keluarga kami, dan untuk mengucapkan terima kasih dengan sebenar-benarnya."
Itulah tutur pelakon Datin Seri Zizie Ezette, 47, dimana dia meluahkan rasa kehilangan yang terlalu berat untuk digambarkan selepas pemergian suaminya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, awal pagi Jumaat.
Zizie yang meluahkan perkara itu menerusi satu coretan menyentuh hati di media sosial, turut memohon ruang untuk melalui detik duk@nya, sekali gus mengenang segala jasa dan kebaikan Allahyarham sepanjang 16 tahun mereka melayari alam perkahwinan.
Dalam hantaran tersebut, Zizie juga ada memuat naik video gelagat anak-anak yang cuba menyakat arwah untuk menunaikan solat.
Klik untuk gambar besar
"Hatinya begitu mulia, pemurah dengan sedekah, dan tidak pernah lalai menjaga solat. Di mana sahaja dia berada, bibirnya sentiasa basah dengan tasbih dan zikir," ujarnya.
Pada pagi Jumaat, Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag dan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.46 pagi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Allahyarham sebelum itu menerima rawatan akib@t kegag@lan fungsi buah pinggang dan jangk1tan t£ruk pada paru-paru.
Jenazah arwah disolatkan selepas solat Jumaat dengan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Imam Suhaidi Kuanting, sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu.
Bung Moktar merupakan ADUN Lamag sejak September 2020, selain pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Menteri Kerja Raya Sabah dari September 2020 hingga Januari 2023.
Untuk rekod, Zizie berkahwin dengan Allahyarham pada 2009 sebagai isteri kedua dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata serta turut membesarkan dua orang anak angkat.
Sementara itu, isteri pertama Allahyarham, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin, pula dikurniakan dua orang anak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment