"Kami tahu pengalaman kami tak sebanyak mereka yang lebih lama dalam industri termasuklah Achey. Jadi bila kami lontarkan idea, mesti terdetik… 'idea apa kau buat?', 'apa benda idea kau bagi ni?'.
"Tapi sepanjang beberapa minggu dengan Nanas, Achey tolak tepi eg0 dia. Dia ketepikan tahap seniornya dalam industri."
Demikian ujar pelawak Namie, dimana dia berkongsi keperibadian rakannya iaitu Achey yang sentiasa terbuka menerima idea-idea baharu sepanjang penglibatan mereka bersama sebagai kumpulan Nanas dalam program Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5).
Menurut Namie atau nama sebenarnya, Najmi Shaharudin, 29, biarpun Achey merupakan seorang yang berpengalaman, namun dia tidak pernah memandang rendah kemampuan pelawak baharu sepertinya.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Namie memberitahu, mereka profesional sepanjang bekerjasama, malah ada ketika perbincangan antara mereka menjadi t£gang untuk memberikan yang terbaik kepada penonton.
Akuinya lagi, pada awal bersama, bimbang jika Achey tidak mahu menerima idea darinya yang kurang berpengalaman.
"Awal-awal memang s£ram juga sebab kami ni budak baru. Macam mana Achey nak dengar cakap kita?" ujarnya berseloroh.
Sementara itu, Achey pula men£gaskan hubungan mereka bertiga sangat rapat sehingga mampu bergurau secara 'kasar' tanpa meny1nggung perasaan masing-masing.
"Ini adik-adik saya. Bila mereka cadangkan saya sebagai ahli kumpulan, saya terima sebab kebanyakan kumpulan ada dua senior, tapi kami pula sebaliknya.
"Saya kena turunkan eg0 dan beri ruang mereka berkarya. Jujurnya, banyak idea atas pentas datang daripada mereka," jelasnya.
Selain Namie dan Achey, kumpulan Nanas turut dianggotai oleh Shashic, dimana keserasian mereka terbukti apabila diumumkan sebagai juara MLS5 yang membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment