06 December 2025

DIUNDANG KE MAJLIS PERSANDINGAN - AWIE DOAKAN ERRA FAZIRA BAHAGIA : "PEKAHWINAN KEKAL ABADI, INSYA-ALLAH"



"Erra maklumkan persandingan dia 27 haribulan. Yang 12 (akad nikah Jumaat depan) yang itu saya tak pasti lagi.
"Insya-Allah dia jemput saya tadi 27 haribulan. Saya insya-Allah, habis konsert di Singapura 24, 25, 26, saya balik, 27 saya akan pergi."

Itulah kata Datuk Awie, dimna penyanyi itu memaklumkan, dia sudah diundang ke majlis persandingan primadona, Erra Fazira dan pasangannya, Ezwan Zain pada 27 Disember ini.

Klik untuk gambar besar
Jelas Awie, jemputan itu disampaikan sendiri Erra kepadanya kelmarin semasa berada di pentas ketika sidang media Konsert Sembilu The Reunion berlangsung.

Dalam pada itu, Awie turut meluahan perasaan gembira apabila Erra kembali bertemu jodoh selepas 11 tahun hidup solo dan menjadi ibu tunggal kepada seorang anak, Engku Aleesya.

"Alhamdulillah. Saya bila dengar kata dia... saya pun happy sangat. Kita orang ini pernah berkawan, bertunang, berg@duh, bersahabat. Jadi saya rasa persahabatan saya ini perlu diteruskan.
"Jadi saya mendoakan kebahagiaan dia supaya dia ceria di masa akan datang. Saya doakan dia bahagia, perkahwinannya kekal abadi Insya-Allah," tuturnya.

Sebelum ini, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, berkongsi berita bahagianya di sidang media Pelancaran dan Tayangan Perdana Muzik Video Cinta Abadi 2025, pada Selasa lalu.

Erra dalam masa sama turut berkongsi dirinya dirisik oleh usahawan berkenaan kira-kira enam minggu lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: