"Saya rasa masih terlalu awal untuk kami komen lebih lanjut (status hubungan). Insya-Allah, kalau ada apa-apa yang baik dan perlu dikongsi, kami akan beritahu perkara itu.
"Sejak dulu saya sangat bersyukur kerana memiliki penyokong yang sentiasa mendoakan yang terbaik dan bersama dengan saya sejak awal hingga sekarang.
"Terima kasih banyak kerana terus berada di sisi saya hingga hari ini. Saya amat menghargainya dan semoga kalian terus mendoakan yang terbaik buat semua."
Demikian tutur pelakon Nora Danish, 43, dimana katanya, masih terlalu awal untuk dia mengulas status hubungannya dengan perunding kewangan, Mickey Ayo, meskipun mereka dilihat kerap muncul bersama kebelakangan ini.
Bagaimanapun, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, menzahirkan ucapan terima kasih atas doa dan sokongan yang diberikan mengenai kisah keakraban mereka.
Baru-baru ini, Nora dan Mickey tampil berganding sebagai pasangan menyertai perlaw@nan pickleball bersama rakan industri hiburan lain itu dan meraih tempat ketiga.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia juga sudah menasihatkan Mickey untuk kuat dan tah@n berdepan dengan perhatian masyarakat selepas keakraban mereka menjadi sorotan.
"Saya juga selalu latih Mickey untuk menjadi kuat dari segi ment@l dan fizikal. Dalam dunia ini, pasti ada yang suka dan ada yang tidak, itu lumrah. Saya selalu ingatkan dia supaya melihat semuanya dari sudut yang p0sitif.
Klik untuk gambar besar
"Kadang-kadang memang ada tek@nan, terutama bagi Mickey kerana dia tidak biasa dengan perhatian umum. Setiap perkara pasti ada hikmah. Sebenarnya, saya serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa," katanya.
Sementara itu, Mickey mengakui, dia agak canggung apabila tumpuan diberikannya kian lebih terasa, apalagi dia sendiri bukan berada dalam bidang hiburan dan masih asing dengan dunia selebriti.
"Memang sedikit kurang selesa sebab saya tak biasa dengan situasi begitu. Bidang saya pun bukan dalam dunia hiburan. Tapi, inilah dia, bila kita berkawan dengan selebriti, perkara seperti ini memang tak dapat dielakkan," ujarnya.
Terdahulu, sp£kulasi hubungan Nora dan Mickey jadi lebih hangat selepas tular kad jemputan berinisial 'M' dan 'N', sekali gus menimbulkan dakwaan bahawa pelakon itu bakal mendirikan rumah tangga.
Berhubung dakwaan tersebut, Nora tampil menafikan insid£n pada September lalu itu dan menjelaskan tiada apa-apa perancangan seperti yang disangka ramai.
Untuk makluman, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl, 7. Mereka kemudian bercerai pada 19 Jun 2024.
Selain Neqayl, Nora turut mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 17, hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 2006, sebelum berpisah pada 2008.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment