05 December 2025

K£S CERAI BERLARUTAN HAMPIR SETAHUN - LINDA HASHIM HARAP SEGERA SELESAI TAHUN INI, MAHU MULA HIDUP BARU BERSAMA ANAK-ANAK



Pelakon Linda Hashim, 41, mengakui dia sudah penat untuk berulang ke mahkamah syariah untuk tuntutan k£s cerai dengan suaminya, pelakon Beego yang sudah difailkan sejak awal Januari lalu, dimana ia sudah berlarutan hampir setahun.
"Saya harap k£s cerai ini dapat diselesaikan segera pada tahun ini untuk saya mulakan hidup baru bersama anak-anak.

"Saya akan memfailkan taklik terlebih dahulu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 16 Disember ini.

"Saya harap selepas saya failkan taklik dan ia dapat disahkan, pr0siding perceraian dapat diteruskan dengan segera secara baik," ujarnya.

Dalam pada itu, Linda berkata, dia akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk membubarkan perkahwinan mereka jika Beego berdegil tidak mahu melepaskannya.

"Jika dia (Beego) tetap tidak mahu lepaskan, saya akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk teruskan dengan pr0ses hakam pula untuk membubarkan perkahwinan," tuturnya.

Ditanya mengenai keluarga dan anak-anak pula, jelas Linda, mereka juga menerima hasratnya untuk bercerai, termasuk emak Beego sendiri yang juga menyokong.

"Saya tidak perlu terangkan pada anak-anak pun kerana mereka tengok sendiri apa yang berlaku depan mata.

"Memang perceraian ini mengg@nggu sedikit em0si anak-anak tapi saya banyak bimbing untuk mereka melaluinya kerana ia bukan mudah.

"Contohnya, saya selalu bawa anak-anak ke majlis ilmu di masjid untuk mereka juga dapat ketenangan.

"Sebab saya sendiri bukan lahir dari keluarga yang bercerai-berai dan tiada pengalaman itu. Tapi bila perkara itu berlaku dalam hidup, saya kena bantu dan bimbing anak-anak untuk melaluinya," katanya.

Disamping itu, Linda percaya apa yang berlaku itu adalah aturan Allah SWT ketika ditanya sama ada dia sudah bersedia untuk memulakan hidup baharu sebagai ibu tunggal bersama anak-anak pula.

"Apa yang saya mahukan sekarang adalah ketenangan untuk diri sendiri kerana saya sudah penat nak fikir apa yang orang cakap.

"Kita ikut saja jalan yang Allah beri itu kerana memang saya yakin keadaan ini sudah disusun kerana soal rezeki esok kita tak tahu lagi.

"Kalau kita tak dapat apa yang kita mahukan dalam dunia ini tidak apa lah, kita kejarlah kat sana nanti (akhirat) untuk yang lebih baik," ujarnya.

Selain itu, mengulas mengenai g@ngguan dari peny0ndol pula, kata Linda, dia bersyukur kerana mereka tidak mengg@nggu hidupnya lagi.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak media kerana selepas kenyataan saya keluar mengenai isu itu tiada lagi g@ngguan dari peny0ndol," tuturnya.

Terdahulu, Linda menuntut cerai daripada Beego atau nama sebenarnya, Aszerul Nizam Abdullah, 45, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu.

Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun, mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: