05 December 2025

TIBA DENGAN ESAKAN, ZIZIE IZETTE TATAP JENAZAH SUAMI BUAT KALI TERAKHIR - SHAHEIZY SAM SIFATKAN ARWAH BUNG MOKTAR T£GAS & LANT4NG DI PARLIM£N TAPI DI RUMAH SANGAT LEMBUT



Sekitar jam 9.30 pagi tadi, pelakon Datin Seri Zizie Izette bersama empat anaknya tiba di kediaman Idang Residen, Luyang dengan tangisan air mata untuk menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat kali terakhir.
Sebaik saja melangkah masuk ke kediaman berkenaan, Zizie memeluk madunya, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin, sebelum ke ruang tamu dimana jenazah arwah suami ditempatkan.

Arwah Bung Moktar dilapor menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.46 pagi tadi di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, selepas dimasukkan ke hospital kerana kegag@lan buah pinggang dan jangk1tan paru-paru.

Sementara itu, adik kepada Zizie iaitu pelakon Shahziey Sam telah mendedahkan keadaan kesihatan abang iparnya, dimana arwah sudah terj£jas sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Jelas Sam, kali terakhir mereka berjumpa hari terakhir sebelum mengundi dan melihat arwah abang iparnya itu kelihatan penat.

"Sebelum ini kan kempen PRN, jadi daripada situ memang dah nampak dia dah tak sihatlah. Kami berjumpa hari terakhir sebelum mengundi dan memang saya di sini, memang setiap kali pilihan raya saya akan datang sokong serta bantu kempen.

"Jadi masa hari terakhir berkempen, sebelum mengundi memang nampak dia tak macam dulu, tenaga (kurang) dia nampak penat. Yang meng£jutkan fasal semalam bila dengar memang betul-betul t£ruk," katanya.

Klik untuk gambar besar
Kongsinya lagi, sepanjang 16 tahun perkahwinan arwah Bung Moktar bersama kakaknya, dia menyifatkan abang iparnya sangat lembut di rumah, meskipun ahli p0litik itu dilihat lant@ng di parlim£n.

"Apa yang kita nampak dia di parlimen itu bukan dia, macam mana agresif kita nampak dia di parlimen dia 'pump@ng-pump@ng', kalau di rumah dia seorang yang sangat berbeza.

"Sangat berbeza, nak dengar dia tinggi suara, nak dengar dia mar@h di rumah tak pernah. Saya rasa berbelas tahun ini, apa yang kita nampak dia di parlim£n memang lain, berbeza di rumah.

"Ya Allah, Allahuakbar, lembut dengan anak-anak dia baguslah," tutur Sam yang turut melihat Allahyarham sebagai abang ipar yang sempurna dan pesanan yang paling diingatinya daripada arwah untuk menjaga ibu jika mahu berjaya.

"Bila dia di rumah, dia dengan keluarga sangat lembut. Bila saya ikut dia setiap kali balik kawasan, akan ada orang-orang di kawasan memang nak datang berjumpa dengannya dan dia tak pernah cakap tak boleh.

"Kalau sampai jam 4 pagi pun dia berjumpa dengan orang-orang kawasan. Apa-apa hal pun, dia kata nak berjaya jaga mak. Itu saja yang paling Sam boleh ingat sampai sekarang," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: