07 December 2025

DUET DENGAN ANAK INA NAIM - MAWI BUKA PELUANG KOMPOSER HANTAR LAGU



"Sesiapa ada lagu mantap boleh bagi pada kami. Hehe! Lagu apa sesuai untuk kami? Bagi idea geng, terima kasih," demikian ujar penyanyi Mawi, 44, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Kata Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, dia membuka ruang kepada pencipta lagu untuk memberikan karya yang sesuai bagi lagu duet bersama anak bekas tunangnya, Ina Naim iaitu Hadie Elfardie.

Tuturnya lagi, dia terbuka untuk berduet bersama Hadie sekiranya mendapat karya yang sesuai dengan suara mereka.

Dalam hantaran tersebut, Mawi turut memuat naik sebuah video memaparkan perbualannya bersama Hadie ketika bertemu dalam sebuah acara hiburan pada Sabtu.

Menurutnya, idea duet bersama anak Ina itu terc£tus selepas ditanya wartawan dalam sebuah sesi temu bual.

Klik untuk gambar besar

"Baru-baru ini, wartawan tanya kalau ada peluang untuk duet bersama Hadie cakap okay. Wartawan tanya saya cakap Hadie nak duet, saya kata kalau ada lagu yang baik dan bagus kita onz (setuju). Kasi jadi," katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa senang melihat Mawi bersikap profesional melayani Hadie meskipun mempunyai sejarah silam melalui hubungan terdahulu dengan Ina.

"Mawi terbuka dan profesional, perkara yang dah lepas biarkan berlalu. Semoga Mawi dapat turunkan ilmu buat Hadie dan nasihatkan agar jaga diri dalam industri seni."

"Kenapa saya rasa sebak, cantik sangat percaturan Allah," antara komen-komen yang tulis netizen.
Untuk makluman, percintaan Mawi dan Ina menjadi perhatian sekitar tahun 2005 ketika juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu sedang berada di puncak populariti. Namun, ikatan pertunangan mereka berakhir pada Julai 2006.

Pada 2007, Ina mengikat tali pertunangan dan seterusnya mendirikan rumah tangga dengan bekas anggota kumpulan In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, secara tertutup. Suhaimi meninggal dunia pada November 2023.

Ina kemudiannya bertemu jodoh dengan seorang jurutera, Mohd. Khairul Rizal, dan selamat diijabkabulkan tahun lalu.

Sementara itu, Mawi pula mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ekin atau Nora'Asikin Rahmat pada Disember 2008.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: