"Perkahwinan pertama saya banyak meluk@kan hati ibu bapa kerana saya berkahwin dengan orang yang sal@h. Bukan kerana mereka melar@ng, tetapi saya sendiri yang meninggalkan mereka disebabkan lelaki itu."
Itulah kata penyanyi dan pelakon, Safura Yaacob, 53, ketika menjadi tetamu p0dcast Borak Selebriti Sinar yang dimuat naik di saluran YouTube.
Ujar Safura lagi, rasa bersal@h serta betapa kec£wanya masih lagi menyelubungi dirinya apabila mengenang kembali perbuatannya terhadap arwah ibu bapa ketika melalui episod hit@m perkahwinan pertamanya.
Menurutnya, kesil@pan terbesar dalam hidupnya adalah ketika memilih untuk berkahwin dengan lelaki yang sal@h sehingga menyebabkan dia menjauhkan diri daripada ibu bapanya sendiri.
"Kakak saya pernah cerita bahawa setiap kali terdengar orang pulang, mereka menyangka saya yang balik," tuturnya dengan linangan air mata, dimana dia meninggalkan ibu bapanya selama hampir lima hingga enam tahun, malah tidak pernah pulang ke kampung halaman selama tempoh itu.
Kongsi Safura, dia seringkali merasakan ujian hidup yang diterimanya seolah-olah menjadi satu bentuk teguran daripada Allah SWT akib@t perbuatannya itu.
Jelasnya lagi, perkahwinan pertamanya bukan sahaja gag@l, malah diuji hebat apabila bekas suaminya itu berkahwin lain dan memadukannya ketika dia sedang hamil.
Klik untuk gambar besar
"Saya hidup dalam keadaan ters£ksa semasa perkahwinan pertama dan sangat meny@kitkan, tetapi saya reda kerana saya rasa itu semua akib@t d0sa saya terhadap ibu bapa," luahnya.
Safura dalam masa sama turut mengakui kisah perkahwinan pertamanya merupakan pengalaman paling mem£ritkan dalam hidupnya, selain masih meninggalkan luk@ di hati walaupun sudah lama berlalu.
"Kalau saya ceritakan tentang perkahwinan pertama itu, memang sangat meluk@kan jiwa," ujar Safura yang kini bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama pelakon Sahronizam Noor sejak 2016 dan memiliki empat cahaya mata bersama.
Namun seorang anak mereka iaitu Allahyarham Nur Aisyah Mariam meninggal dunia pada usia tiga tahun.
Sebelum itu, Safura pernah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu, Nurul Natasha Abdul Rani dan Muhammad Daniel Khaqim Mohd Khairi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment