07 December 2025

ORANG MULA BERCAKAP KEBAIKAN, PERG0RBANAN & AMALAN MULIA ARWAH SUAMI, BUNG MOKTAR - ZIZIE IZETTE LUAH RASA SYUKUR



"Saya bersyukur selepas awak tiada, akhirnya orang mula bercakap tentang kebaikan, peng0rbanan dan amalan mulia awak. Saya tidak akan pernah lupa nasihat awak, 'Kalau tangan kanan memberi, tangan kiri tak perlu tahu'. Sembunyikan sedekahmu. Biarkan kebaikanmu hanya diketahui oleh Allah."

Demikian tutur pelakon Datin Seri Zizie Izette, dimana dia berkongsi luahan hati mengenai jasa dan amalan mulia Allahyarham suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang kini menjadi perhatian ramai.

Pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu ternyata membuka mata ramai pihak mengenai kebaikan dan peng0rbanan Allahyarham yang jarang dibicarakan selama ini.

Zizie yang berkongsi perkara berkenaan menerusi media sosial itu berkata, dia juga tidak akan melupakan nasihat-nasihat yang pernah dititipkan oleh arwah suaminya itu sepanjang mereka hidup bersama.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Zizie turut men£gaskan bahawa arwah suaminya tidak pernah menginginkan pengiktirafan atas segala jasa dan kebaikannya kerana segala yang dilakukan arwah adalah dari hati tanpa mengharap pujian atau perhatian orang lain.

"Awak tidak pernah menginginkan pengiktirafan, awak melakukan segala-galanya dari hati. Terima kasih atas semua kebijaksanaan yang telah awak curahkan kepada saya.

"Saya akan membawanya, menghargainya, dan mewariskannya kepada anak-anak kita, supaya sebahagian daripada diri awak terus hidup melalui kami. Semoga Allah mengampuni awak, melimpahkan rahmat-Nya dan menganugerahkan syurga buat awak," ujarnya.

Disamping itu, Zizie berkata, pemergian arwah merupakan kehilangan besar bukan sahaja bagi keluarga tetapi juga bagi semua yang mengenali suaminya, selain mengenang kembali 16 tahun perkahwinan yang penuh kasih sayang dan peng0rbanan bersama.
"Terima kasih atas 16 tahun yang telah dilalui. Awak bekerja begitu keras untuk semua orang, dan awak sentiasa melakukan yang terbaik. Awak berjuang untuk orang di sekeliling awak, bukan untuk diri sendiri. Awak begitu murni dan tidak mementingkan diri sendiri," katanya.

Pada Jumaat lalu, Allahyarham Bung Moktar, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.46 pagi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.

Allahyarham sebelum itu menerima rawatan akib@t kegag@lan fungsi buah pinggang dan jangk1tan t£ruk pada paru-paru.

Untuk makluman, Zizie mendirikan rumah tangga dengan arwah Bung Moktar pada 2009 sebagai isteri kedua dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata serta turut membesarkan dua orang anak angkat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: