07 December 2025

KAMAL ADLI : "AWAK TAK PAYAH CERITA DENGAN ORANG LAIN, NAK BERCERITA DEKAT SINI... SAYA HIDUP LAGI, CAKAP DEPAN-DEPAN APA YANG TAK OKAY"



"Saya tak tahu isu tekad tak tekad ke, isu dia macam ni je, awak tak payah cerita dengan orang lain, nak bercerita dekat sini, tak payah berjumpa dengan orang ni, bayar orang ni ke, jumpa saya, saya hidup lagi, cakap depan-depan apa yang tak okay."
Itulah kata pelakon Kamal Adli, 39 dimana harapannya sebagai suami jika ada mas@lah biar dirinya menjadi orang pertama yang mendengar.

Disamping itu, ditanya mengenai keputusan pelakon Uqasha Senrose, 33, yang n£kad untuk bercerai, Kamal menjelaskan, dia tidak tahu mengenai pendirian isterinya itu.

Kamal dalam masa sama turut memohon agar netizen berhenti mengec@m dia dan isterinya serta meminta bercakap yang baik-baik sahaja.

Meskipun diberikan rezeki mencurah pada tahun ini, Kamal bagaimanapun menyifatkan 2025 antara tahun paling berat dalam hidupnya.

"Untuk seumur hidup saya ini tahun paling berat, saya tak sangka boleh jadi macam ni, tak tahu nak lalui benda ni, mas@lah rumah tangga macam ni demi Allah saya bukan 'being fake', tunjuk baik ke.

"Apa yang saya cakap itu yang saya luah, itu yang saya rasa," tuturnya yang mempunyai seorang anak perempuan, Hawra Uqaira hasil perkahwinan dengan Uqasha.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: