"Saya okay saja kalau ada yang kongsi semula gambar lama. Bukan buat sal@h pun. Ia satu kenangan dan tak ada isu sebab kita kan manusia."
Itulah kata pelakon Kamal Adli menerusi Thr£ads, dimana dia tidak kisah jika ada pihak yang memuat naik semula gambar lamanya di media sosial.
Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli berpendapat bahawa perkongsian yang dibuat adalah sekadar kenangan lama dan sama sekali tidak menimbulkan sebarang isu.
Klik untuk gambar besar
Bapa kepada seorang anak ini bagaimanapun men£gaskan, dia tidak menyokong tindakan mana-mana pihak yang melakukan sesuatu perkara secara senyap tanpa pengetahuan orang lain.
"Lelaki dan perempuan, tak ada pilih-pilih. Bukan kita buat diam-diam atau sorok-sorok, itu kan d0sa. Allah mar@h, saya pun marah," ujarnya.
Sejak kebelakangan ini, Kamal menyorot perhatian apabila ramai yang merasakan pelakon itu semakin kerap memuat naik ciapan di aplikasi Thr£ads.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang memuat naik semula gambar lama Kamal sambil mengimbau kembali kenangan bersama pelakon drama 'Bahagia Yang Tertangguh' itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment