29 December 2025

"UJIAN SETIAP MANUSIA BERBEZA... SAYA TIDAK CUBA MENGHALALKAN APA YANG SAL4H, CUMA SAYA RASA RAL4T DENGAN KOMEN-KOMEN SIN1S" - NAZIM OTHMAN ULAS ISU TUDUNG APRENA MANROSE 'TERBANG'



"Assalamualaikum semua, semoga kalian berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sejak prom0si drama ini keluar di media sosial, rata-rata komen memperkatakan tentang imej rakan lakon saya yang kini tampil tanpa hijab.
"Ujian setiap manusia berbeza. Kami ada beberapa perbualan di set penggambaran mengenai turun naik iman masing-masing. Ya, pelakon pun ada berbincang tentang perkara ini sesama sendiri."

Demikian ujar pelakon Nazim Othman, dimana dia menganggap keputusan rakan gandingannya dipercayai pelakon Aprena Manrose yang didakwa tidak lagi mengenakan hijab, bukan satu keputusan mudah.

Kata Nazim yang membuat penjelasan itu menerusi ruangan komen di akaun media sosial, setiap individu melalui ujian hidup yang berbeza-beza dan mengakui adakalanya iman naik dan turun.

Dalam video sesi fotografi drama terbaharu mereka berjudul 'Nur Untuk Ariff' yang dikongsikan, Aprena tampil tanpa hijab sekali gus menc£tuskan pelbagai reaksi dan komen sin1s daripada netizen.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, akui Nazim, dia mempunyai kebimbangan, namun berpandangan rakan gandingannya itu masih mempunyai pegangan walaupun berada dalam fasa rapuh.

"Berdasarkan pemerhatian saya, dia masih ada pegangan cuma berada di fasa rapuh. Saya tidak cuba menghalalkan apa yang sal@h, cuma saya rasa ralat dengan komen-komen yang sin1s.

"Dia berdiam diri, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu," tuturnya yang dalam masa sama memohon orang ramai mendoakan perkara baik-baik buat Aprena, selain mengingatkan agar setiap individu turut merenung dan memperbaiki diri sendiri.

"Mohon doakan yang baik-baik untuknya, saya juga dan diri kalian sendiri. Semoga kebaikan berbalik kepada kalian juga," katanya.

Terdahulu, penampilan Aprena mencvri perhatian apabila dilihat tidak memakai tudung ketika menjalani penggambaran drama 'Nur Untuk Ariff'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: