28 December 2025

DISY4KI ALAMI MAS4LAH PENGHADAMAN - AMEERUL ASHRAF MAKLUM ANAK KEDUANYA AKAN JALANI PROS£DUR AMBIL SAMPEL : "DOKTOR TUNGGU USIANYA SEBULAN..."



"Esok (Isnin) anak saya akan menjalani pros£dur ambil sampel daripada bahagian punggungnya. Doktor memang tunggu usianya sebulan baru buat pros£dur itu.

"Buat masa ini, saya pun tak tahu apa mas@lah sebenar peny@kit anak saya ini kerana masih dipantau oleh doktor.

"Buat masa sekarang, doktor beritahu anak saya mungkin mengalami mas@lah peny@kit Hirschsprung iaitu keadaan najis terperangkap dalam perut dan sukar membuang air besar."

Itulah kata pelakon Ameerul Asyraf, 34, dimana dia memaklumkan, anak keduanya iaitu Naura Aurora kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang, Selangor selepas disy@ki mengalami mas@lah kesihatan melibatkan sistem penghadaman.

Kongsi Ameerul, anak perempuannya itu dijadualkan menjalani satu pros£dur perubatan bagi mengambil sampel daripada bahagian punggung untuk mengenal pasti punca sebenar mas@lah yang dialami.

Kata Ameerul, anaknya itu masih dalam tempoh pemantauan dan setakat ini, pihak perubatan masih belum dapat mengesahkan peny@kit sebenar.

Klik untuk gambar besar

"Nanti selepas ambil sampel baru kami boleh tahu mas@lah sebenar peny@kit anak saya ini," jelas Ameerul atau nama penuhnya, Ameerul Asyraf Mohammad.

Sementara itu, isterinya iaitu Nurul Nasirah Khalid turut berkongsi detik awal yang membuatkan mereka mula menyedari keadaan luar biasa pada anak mereka sejak dilahirkan pada 27 November lalu.

Menurutnya lagi, keadaan semakin ketara apabila perut anak mereka kelihatan semakin membesar dan mengeras.

"Sebenarnya sejak dia baru lahir dia tak buang air besar dalam tempoh masa 24 jam. Lebih 48 jam baru anak saya boleh buang air besar.

"Pada waktu itu, pihak hospital tak cakap apa dan kami dibenarkan pulang. Ada nampak juga perut anak saya berurat tapi saya hanya fikir p0sitif saja dan tak ada apa-apa yang membimbangkan.
"Satu hari ketika suami saya sh00ting, saya dekat rumah tengok perut anak makin membesar dan urat pun makin banyak. Perut pun rasa keras," ujarnya.

Dalam pada itu, Ameerul memberitahu, susulan situasi tersebut, dia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada penggambaran sebuah drama demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesihatan anaknya.

"Disebabkan perkara ini saya terpaksa tarik diri daripada penggambaran drama. Saya tak boleh fokus dan daripada menyus@hkan ramai pihak lebih baik saya undur diri.

"Lagi pun penggambaran baru saja bermula, jadi saya sangat bersyukur kerana seluruh tenaga produksi memahami keadaan saya. Sekarang ini memang saya mahu beri fokus untuk kesihatan anak saya ini," tuturnya.

Untuk makluman, Ameerul dan Nurul Nasirah mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2023. Selain Naura, pasangan ini turut mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan Ammara Medina yang kini berusia 16 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: