28 December 2025

K0NFLIK ANTARA SHARIF & ATU - PEMINAT RAYU BERDAMAI DEMI ZERO



Bagi menyelesaikan kem£lut melanda kumpulan Zero, pelawak, pengacara dan pelakon, Sharif Kadir Doli Sharif atau Sharif, 35, diminta terbuka hati untuk berbaik semula dengan adiknya, Atu.
Baru-baru ini, menerusi hantaran video yang dimuatnaik di media sosial Sharif, dimana dia muncul 'miming' lagu Bollywood, Mohabbatein, ramai netizen mendoakan kumpulan Zero dapat bersatu semula.

"Sebagai orang Sabah, kami sokong dari mula Zero bertiga. Jagalah hubungan keluarga, turunkan eg0 dan berbaiklah seperti biasa. Rindu tengok Zero yang dulu."

"Moga kembali silaturrahim antara kalian adik-beradik."

"Suka dan love Zero... semoga Zero bersatu semula... pantang mundur kecuali operasi."

"Kalau ada Atu mesti lagi sedap," itulah komen-komen yang ditulis wargamaya, dimana rata-ratanya meluahkan saranan p0sitif kepada Sharif.

Sebelum ini, Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal, 33, mendedahkan isu kewangan dan mas@lah kerja yang dipendam lama menjadi punca utama ker£takan hubungannya dengan Sharif.

Menurut Atu, k0nflik berkenaan sudah berlarutan sejak dua tahun lalu sehingga akhirnya ia disuarakan, namun berlaku beberapa faktor yang menggug@t keharmonian mereka sebagai adik-beradik.

Katanya, sebagai adik, dia hanya perlu permohonan maaf daripada Sharif, malah bersedia untuk mengetepikan eg0 demi menjernihkan hubungan dan menjaga nama baik keluarga.

Bagaimanapun, setakat ini, Sharif mengambil pendekatan berdiam diri, namun didapati sibuk dengan aktiviti seni seperti terbabit penggambaran iklan acara bersama beberapa rakan selebriti lain.

Terdahulu, kumpulan Zero yang berasal dari Kudat, Sabah, turut dianggotai Syaiful atau Melati.

Kumpulan ini menyertai pr0gram Raja Lawak musim keenam (RL6) pada 2012 dan dinobatkan naib juara. Pada 2014, mereka muncul juara pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: