"Kamu adalah sebuah ingatan yang menjadi kegemaranku," demikian tulis Nedim Nazri, dimana usahawan itu nampaknya sudah tidak lagi menyembunyikan hubungan rapatnya bersama pelakon Nadia Brian apabila berkongsi foto berpegangan tangan di media sosial.
Perkongsian Nedim atau lebih mesra disapa Boss Ned, mengundang pelbagai reaksi netizen yang seakan-akan merestui hubungan cinta mereka.
"Bersemut sebab manis sangat. Yayyy."
"Gembira untuk kamu berdua, akhirnya sudah boleh tersenyum kembali," antara komen netizen.
Sebelum ini, Nedim dan Nadia mencvri perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama dalam akaun media sosial masing-masing.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Nadia dalam satu temu bual mendedahkan, dia menerima mesej peribadi (DM) daripada bekas isteri Nedim iaitu pelakon Nora Danish yang membuatkan dia berasa tersentuh dengan penerimaan diberikan.
Untuk makluman, Nedim mendirikan rumah tangga dengan Nora pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Neyqal.
Bagaimanapun, pasangan ini kemudiannya disahkan bercerai pada Julai 2024.
Nadia pula pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin pada 9 November 2019, sebelum bercerai secara sah pada April 2021.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment