21 December 2025

GAMBAR & VIDEO DIJADIKAN PELUANG CARI UNTUNG TANPA IZIN - UYAINA ARSHAD LUAH RASA KEC£WA : "PROM0SI PR0DUK MEREKA... BERKAT KE ITU?"



"Hampir semua benda yang saya cakap bagus, saya guna, saya pakai, ada sesetengah orang ambil, tangkap layar dan terus prom0si pr0duk mereka."

Demikian luah pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 33, menerusi satu hantaran di Thr£ads, dimana dia berasa kec£wa apabila terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap perkongsiannya di media sosial.

Kata Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, individu berkenaan menggunakan foto serta video miliknya bagi tujuan prom0si pr0duk, sekali gus meraih keuntungan tanpa mendapatkan kebenaran.

Ujarnya lagi, hampir setiap perkara yang dikongsikan olehnya termasuk barangan yang digunakan sering disal@h guna oleh pihak tertentu untuk dijadikan bahan prom0si pr0duk secara 'affili@te'.

Namun tutur isteri kepada penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran itu lagi, apa yang lebih mengecewakan, ada juga pihak yang meletakkan pautan pr0duk pada perkongsian tersebut seolah-olah ia merupakan sokongan atau end0rsement daripada dirinya.

Klik untuk gambar besar

"Kalau tak kongsi, kata saya gatekeep. Bila kongsi, terus jadikan end0rsement untuk jual balik pr0duk dengan pautan mereka. Ada yang siap guna gambar dan video saya. Berkat ke itu?" jelasnya.

Perkongsian Uyaina yang bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya dan bersetuju tindakan sedemikian semakin berleluasa.

"Kalau saya, setiap video atau gambar akan letak 'watermark'. Usaha sendiri langsung tak ada, semua nak ceduk hasil artis."

"Bila dunia jadi tujuan, halal har@m dan keberkatan bukan lagi keutamaan," antara komen netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: