21 December 2025

SENARIO JAWAB DAKWAAN 'BUANG' PAK YA SEBAGAI DUTA : "MASING-MASING (KLIEN) MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK PILIH AHLI SENARIO YANG ORIGINAL SAHAJA..."



"Mereka (pemilik Jakel) ada 11 adik-beradik. Selepas berbincang akhirnya masing-masing mencapai kata sepakat untuk memilih ahli Senario yang original sahaja iaitu lima anggota asal (Lan, Azlee, Apek, Yasin dan Wahid).

"Sebelum tandatangan kontrak, kami antara Senario pun ada berbincang dan sudahpun pujuk. Tapi itu yang mereka mahu. Jadinya, kami yang ahli asal pergi jumpa Pak Ya dan perjelaskan perkara sebenar. Dakwaan singkirkan Pak Ya tidak benar."

Itulah jelas sal@h seorang anggota kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet, ketika menjawab dakwaan yang mengatakan mereka 'memul@ukan' pelawak Ilya Buang atau Pak Ya daripada menjadi duta pakaian baju raya, Jakel.

Kata Lan, ketiadaan pelawak Ilya Buang atau Pak Ya bukanlah disebabkan mereka mempunyai perbal@han, sebaliknya memenuhi kehendak klien.

Klik untuk gambar besar

Ujarnya lagi, mereka sudah menjelaskan perkara itu kepada Pak Ya bagi mengelakkan sal@h faham yang berlaku di antara mereka.

Dalam pada itu, Lan berharap, penjelasan tersebut dapat meredakan kekeliruan serta menamatkan sp£kulasi yang berlegar.

Sementara itu, seorang lagi anggota Senario, Wahid turut memberi tampil penjelasan mengenai situasi sebenar melibatkan Pak Ya dalam kempen raya sebelum ini.
"Cerita sebenar untuk kempen raya tahun ini nama Pak Ya memang tiada. Namun kami telah menggantikan tempat sal@h seorang anggota kami iaitu Yasin yang tiada atas sebab tertentu.

"Kebetulan rezeki Pak Ya, Apek juga yang cadangkan nama Pak Ya untuk menggantikan tempat Yasin. Kontrak untuk kempen 2025 asalnya memang tiada nama Pak Ya," tuturnya.

Sebelum ini, timbul sp£kulasi yang mengatakan Senario mempunyai mas@lah dengan Pak Ya kerana wajah individu itu tidak kelihatan di kempen pakaian raya Jakel 2026.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: