30 December 2025

"HANYA IKUT TEMA... RAMAI DATANG PAKAI 'DRESS' BERWARNA..." - NADIA BRIAN MOHON MAAF, AKUI TIADA NIAT 'OVERSHADOW' SESIAPA



"Semua tetamu yang hadir hanya mengikut tema iaitu 'blacktie atau dress'. Ramai sahaja yang datang pakai 'dress' berwarna, bukan saya seorang."
Demikian kata pelakon Nadia Brian, dimana dia tampil mempertah@nkan dirinya apabila ada yang mendakwa pakaiannya agak berlebihan ketika hadir di majlis resepsi Erra Fazira dan suami, Ezwan Zain.

Ujar Nadia, dia hanya mengikut tema yang diberikan dan bukan dirinya seorang sahaja yang mengenakan gaun berwarna.

Dalam pada itu, Nadia turut memohon maaf andai ada yang kurang senang dengan pakaiannya itu, selain mengakui, dia tidak berniat serta tidak pernah terlintas untuk 'overshadow' pengantin.

"Mungkin saya sahaja yang dapat lebih perhatian. Tak pernah terlintas langsung untuk 'overshadow' sesiapa.

"Saya sangat terharu dan gembira sangat dapat hadir ke majlis resepsi idola saya sendiri iaitu Erra Fazira.

"Tapi apa pun jika ada mana-mana pihak yang terasa atau berfikiran neg@tif, saya minta maaf," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: