"Nubhan meminta pendapat saya untuk menduduki kembali rumah itu (yang dibeli) atas namanya. Saya menjelaskan bahawa tiada kesal@han dalam undang-undang dan hendaklah dibuat secara baik dan berhemah.
"Saya juga dimaklumkan bahawa tempoh iddah bekas isteri (Dr Afifah) sudah lama selesai atau tamat. Sehingga kini juga Nubhan masih lagi menanggung pembayaran penuh rumah itu berserta bil utiliti.
"Bagaimanapun, saya turut dimaklumkan bahawa pr0ses pengalihan barang-barang peribadi bekas isteri dibuat Nubhan secara kemas dan teratur menggunakan khidmat syarikat angkut yang berdaftar.
"Jadi, dakwaan (Dr Afifah) bahawa barang-barang peribadi dicamp@k keluar adalah tidak benar dan fitn@h," itulah jelas peguam syarie Mohd Redzuan Ramli yang mewakili penyanyi Nubhan atau nama penuhnnya, Nubhan Ahamad, 36, ketika dihubungi.
Peguam itu tampil menjelaskan perkara yang berlaku selepas bekas isteri anak guamnya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 35, meluahkan rasa kec£wa menerusi media sosial apabila barangan peribadinya dicamp@k keluar.
Menurut Mohd Redzuan lagi, pr0ses mengeluarkan semua barang milik Dr Fie dari kediaman diduduki wanita itu bersama anak-anaknya dilakukan secara berhemah dan teratur, selain berkata, tindakan Nubhan itu kerana penyanyi terbabit bercadang ingin menetap semula di rumah terbabit.
Klik untuk gambar besar
Maklumnya lagi, tindakan dibuat bapa tunggal kepada tiga cahaya mata itu juga bukan satu kesal@han undang-undang berikutan kediaman terbabit juga adalah miliknya.
Menurut Mohd Redzuan, Nubhan juga menyatakan bahawa terdapat perkara-perkara melangg@r undang-undang yang ditemui selepas dia memasuki rumah itu dan akan dibawa dalam k£s harta sepencarian.
"Apapun, saya memang dimaklumkan oleh Nubhan bahawa segala pr0ses pengalihan barangan peribadi bekas isteri itu sudah dibuat dengan sangat baik dan cermat. Malah, sekiranya ada kecac@tan di atas perkara itu (barangan dialihkan), Nubhan akan membayar ganti rvgi.
"Nubhan juga pada bila-bila masa bersedia untuk menyedia atau menanggung kos sewaan rumah untuk anak-anaknya yang kini tinggal bersama bekas isteri sekiranya itu yang dimahukan.
"Manakala bagi anak-anak pula bebas untuk keluar masuk rumah itu tanpa had," katanya yang turut memberitahu, Nubhan sedang mempertimbang untuk membuat tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang menabur fitn@h, membuat sp£kulasi jah@t serta mengapi1-ap1kan isu ini di media sosial.
Semalam, Dr Fie menerusi hantaran dimuatnaik di Thr£ads meluahkan rasa mar@h dan kecewa apabila mendapati pelbagai barang termasuk barangan peribadi dikeluarkan dari rumah didiaminya.
Ujar Dr Fie yang kini bercuti di luar negara, perbuatan berkenaan disifatkan sebagai kej@m dan dia berasa sedih diperlakukan sedemikian ketika tidak berada di rumah.
Katanya yang juga seorang doktor gigi, dia juga berasa kasihan terhadap ibu bapanya apabila melihat barangan miliknya berada di rumah keluarga tanpa n0tis.
Menurut ibu tunggal tiga cahaya mata ini dalam hantaran lain pula, tangannya juga menggigil ketika menaip kata luahan yang mahu dimuatnaik serta berharap pihak berkaitan dapat bersabar untuk pr0ses perbincangan isu harta sepencarian.
Terdahulu, pada 26 November lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Dr Fie mendapat hadanah atau hak penjagaan penuh tiga anak-anaknya.
Manakala pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan Nubhan dan Dr Fie sahkan bercerai talak dua.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment