30 December 2025

SHARIF ZERO MOHON MAAF, SANGGUP TURUN EG0 : "SEMOGA KAMI KEMBALI SEPERTI DULU... SAYA ADA JUMPA IBU, SYAIFUL & ATU, TAPI MACAM BIASA TAK DAPAT BERTEGUR"



"Abang (panggilan mesra Sharif) minta maaf. Seperti kata netizen, buang yang k£ruh ambil yang jernih. Semoga kami kembali seperti dulu.
"Kalau mereka anggap ini sal@h saya, ya mungkin sal@h saya sebab sudah bongkar cerita walaupun sebenarnya tiada niat. Tapi tak mengapa, benda sudah berlaku."

Demikian ujar pelawak Sharif Zero,35, dimana dia sanggup merendahkan eg0 dan tampil memohon maaf kepada adiknya, Atu Zero, selepas hubungan mereka beradik r£nggang sejak kebelakangan ini.

Kata Sharif atau nama sebenarnya, Sharif Kadir Doli Sharif, dia juga berharap segala sengk£ta antara mereka dapat diselesaikan secara baik.

Akuinya, sebagai abang, dia rasa sedih dengan ker£takan hubungan tersebut dan tidak menyangka pers£lisihan faham itu menjadi semakin besar.

"Sudah tentu sedih. Cuma saya tak sangka ia boleh jadi sebesar ini. Bagi saya sebenarnya perkara ini boleh diselesaikan," tuturnya.

Dalam pada itu, Sharif turut mengulas mengenai usaha untuk berbaik, dimana dia tidak menafikan dia ada memulakan langkah namun memberi bayangan ia tidak disambut baik oleh adiknya.

Klik untuk gambar besar
"Ada, jangan cakap tiada. Berapa kali saya ajak jumpa? Ada ke isu duit? Marilah datang ke rumah. Saya tak kisah sama ada mereka datang ke tempat saya atau saya pergi ke tempat mereka," luahnya.

Jelasnya lagi, dia tidak berpeluang menyelesaikan kem£lut yang berlaku, meskipun pernah bertemu dengan Atu dan abangnya iaitu Syaiful Zero.

Malah katanya, ibu mereka juga mengetahui mas@lah yang berlaku dan percaya mereka adik-beradik akan kembali berbaik dalam masa terdekat.

"Baru-baru ini saya ada jumpa ibu, Syaiful dan Atu, tapi macam biasa tak dapat bertegur. Hari itu pun kami ada main bola sama-sama.

"Ibu tahu hal ini. Dia anggap biasalah g@duh adik-beradik dan percaya kami akan berbaik semula nanti. Doakan yang baik-baik. Saya rindu nak berkumpul dengan mereka," ujarnya.

Sebelum ini, Sharif dalam satu temu bual p0dcast berkongsi kisah hidup Atu yang dipercayai hampir terj£rumus dengan aktiviti penyal@hgunaan dad@h kerana sal@h pilih kawan.

Pendedahan tersebut dipercayai menjadi punca k0nflik antara mereka sehingga hari ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: