"Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba di Madinah, bumi penuh ketenangan dan keberkatan.
"Sky adalah segalanya dalam hidup saya. Demi dia, saya sanggup melakukan apa sahaja.
"Saya akan mencurahkan kasih sayang sepenuh hati, menjadi ayah dan juga ibu buatnya, kerana kini dia sudah kehilangan seorang ibu yang sangat kami cintai.
"Kepada sesiapa yang mungkin tersal@h faham, saya memohon maaf dengan setulus hati.
"Kasih sayang saya terhadap Sky dan arwah isteri saya adalah lahir daripada cinta yang ikhlas, bukan untuk dipertik@ikan.
"Hari ini, tanggungjawab saya adalah memastikan Sky membesar dengan penuh kasih, rasa selamat dan doa yang tidak pernah putus.
"Jika ada mata yang kurang senang melihat keakraban kami, saya memilih untuk memaafkan segalanya.
"Kerana cinta seorang ayah tidak perlukan penjelasan, cukup dengan peng0rbanan dan keikhlasan."
Itulah kata usahawan dan pemp£ngaruh, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridzokumura dalam perkongsian di media sosial.
Pada 28 Februari lalu, isteri kepada Ridzuan iaitu Akiko Okumura atau nama Islamnya, Aishah Bt Abdullah telah meninggal dunia dan jenazah Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22.
Untuk makluman, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan arwah Akiko pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment