Menerusi media sosial, bekas pelakon yang juga balu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin iaitu Datin Seri Zizie Ezette, 47, nampaknya masih lagi tidak memuatnaik sebarang gambar terbaharu.
Sebelum ini, pada 8 Disember lalu, Zizie yang mempunyai 1.1 juta pengikut Instagram (IG) didapati memadam semua gambarnya yang dimuatnaik dan hingga kini, dia dilihat selesa membiarkan ruangan hantaran itu kosong.
Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Izette Abdul Samad, bagaimanapun aktif mengemaskini InstaStory dengan memuatnaik pelbagai hantaran berkaitan arwah suami, anak-anak mahupun kata-kata semangat.
Terbaharu, Zizie ada memuat naik gambar bersama rakan-rakan sekolahnya, sekali gus mengimbau keakraban mereka pada zaman lalu yang bersahabat baik dan rapat.
"Friends since secondary school. Life got busy, distance happened..but our friendship stayed the same. (Kawan sejak sekolah menengah. Kehidupan menjadi sibuk, jarak berlaku.. tetapi persahabatan kami tetap sama).
"No awkwardness, just comfort, laughter and memories that never faded. (Tiada kejanggalan, hanya keselesaan, gelak tawa dan kenangan yang tidak pernah pudar)," tulisnya pada kapsyen foto yang dimuat naik.
Pada 5 Disember lalu, Zizie telah kehilangan suami tercinta, Allahyarham Bung Moktar dan sehingga kini masih diulit duk@ bersama anak-anak yang menanggung kerinduan tidak bertepi terhadap insan kesayangan mereka.
Justeru, kehadiran rakan-rakan baik disisi ketika ini sedikit sebanyak membantu Zizie kembali ceria dan gembira semula serta diabadikan menerusi hantaran yang dimuatnaik di InstaStory itu.
Allahyarham Bung Moktar menghembuskan nafas terakhir akib@t kegag@lan buah pinggang dan jangk1tan kum@n pada paru-paru di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk makluman, Zizie dan Allahyarham Bung mendirikan rumah tangga pada 2009 dan sepanjang perkongsian hidup bersama selama 16 tahun, mereka dikurniakan lima cahaya mata, dimana dua diantaranya anak angkat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment