23 December 2025

TUNAIKAN JANJI - INTAN NAJUWA BAWA KELUARGA PEMBANTU RUMAH DARI FILIPINA RAIKAN KRISMAS DI KUALA LUMPUR



"Jussele, pembantu rumah saya, adalah antara rezeki terbesar dalam hidup saya. Dia menjaga Lunara dengan penuh kasih sayang dan saya amat berterima kasih kepadanya."
Demikian tutur pelakon Datin Intan Najuwa, 28, dimana dia berbesar hati membawa keluarga wanita asal Filipina itu ke Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan Hari Krismas sebagai menghargai jasa pembantu rumahnya.

Kata Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, dia turut gembira apabila pembantu rumahnya, iaitu Jussele, dapat bertemu semula dengan anak serta ahli keluarganya selepas sekian lama berjauhan.

Intan yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Thr£ads miliknya, dlihat tidak lokek berkongsi rezeki dan baginya pembantu itu merupakan antara individu yang sangat penting kerana menjaga anaknya, Lunara, dengan penuh kasih sayang.

Klik untuk gambar besar
Dalam perkongsian itu, Intan turut berkongsi foto yang memaparkan pembantunya sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia sebenarnya pernah berjanji untuk membawa keluarga Jussele ke Malaysia dan bersyukur kerana impian tersebut akhirnya menjadi kenyataan pada tahun ini.

"Saya pernah berjanji untuk menerbangkan keluarganya ke Kuala Lumpur dan kini saya dapat membawa anak serta keluarganya dari Filipina supaya mereka dapat menyambut Krismas bersama. Selamat menikmati musim cuti, Jussele dan keluarga!" katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: