"Ikutkan kami buat rayuan sama-sama pada November lalu, tapi isteri saya terima keputusan semalam, manakala saya belum lagi. Zeana pun dah lama mendaftar di Tabung Haji sekitar 2009.
"Gilirannya pun sepatutnya tahun 2027 kalau tak sil@p saya. Boleh dikatakan saban tahun kami pergi buat kursus dan buat rayuan, Alhamdulillah, semalam dia terima berita baik ini.
"Cuma saya belum terpilih tapi pegawai Tabung Haji kata boleh kalau suami buat rayuan untuk jadi mahram."
Demikian jelas penyanyi Ezad Lazim, 46, dimana dia melahirkan perasaan gembira apabila isterinya, Zeana Ramli ditawarkan menunaikan ibadah haji pada tahun depan.
Kata Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, tawaran itu hanya membabitkan isterinya, namun dia akan mengemukakan rayuan agar mereka dapat menunaikan haji bersama-sama.
Tuturnya lagi, jawapan pegawai terbabit memberikan harapan bahawa mereka akan dapat bersama-sama menunaikan haji kelak.
"Saya akan terus buat rayuan. Dalam tempoh ini, Zeana kena menjalani ujian kesihatan dahulu. Harapan saya itu ada, tapi semuanya bergantung pada ketentuan Allah.
"Apa pun, saya berharap agar impian kami jadi kenyataan. Mudah-mudahan kami dapat sama-sama ke sana (Makkah) tahun hadapan.
"Saya pun nampak kesungguhan Zeana pergi kursus dan sebagainya yang berkaitan ibadah haji. Ia buat saya pun bersemangat untuk turut serta. Saya harap agar semua pihak doakan hajat kami kesampaian," ujarnya.
Terdahulu, pasangan ini sudah beberapa kali menunaikan umrah sebagai persediaan awal untuk menunaikan haji.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment