"Ayah terlalu rindukan kamu anak," itulah tulis pelakon Kamal Adli, 39, dalam satu hantaran video yang dimuat naik di media sosial, dimana dia berkongsi momen bersama anaknya, Hawra Uqaira serta meluahkan rasa rindu terhadap puterinya itu.
Melihat pada video tersebut, Kamal atau nama penuhnya, Ahmad Kamal Adli, bergurau senda dan ketawa bersama anaknya, sekali gus menggambarkan hubungan rapat antara bapa dan anak itu.
Dalam pada itu, Kamal juga tidak mampu menyembunyikan perasaan rindu yang mendalam terhadap anak perempuannya apabila berkongsi luahan ringkas namun sarat dengan em0si seorang bapa yang sedang menahan rasa.
Klik untuk gambar besar
Tidak kurang juga yang meletakkan diri mereka di posisi Hawra apabila membayangkan perasaan seorang anak yang merindukan ayahnya, selain ada juga yang mendoakan agar Harwa membesar menjadi anak yang solehah serta dipermudahkan urusan Kamal.
Kem£lut rumah tangga Kamal dan Uqasha Senrose menjadi perhatian ramai apabila pelakon wanita itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu.
Namun, pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gag@l mencapai kata sepakat.
Bagaimanapun, peguam Uqasha iaitu Muhammad Syazmee Sapian berkata, perkara tersebut tidak ditunaikan memandangkan Kamal masih mahu mempertah@nkan rumah tangga.
Untuk makluman, Kamal dan Uqasha bernikah pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment