25 December 2025

KAMAL ADLI KATA DIA TAK RAJIN KE MAHKAMAH : "KALAU BOLEH TAK NAK TAHU DEKAT MANA MAHKAMAH, MEMANG TAK BEST"



"Saya tak rajin (ke mahkamah) awak. Kalau boleh tak nak tahu dekat mana mahkamah. Memang tak best."

Demikian kata pelakon Kamal Adli ketika membal@s hantaran seorang individu yang meminta netizen membezakan dua 'KA', dimana seorang yang rajin masak dan seorang lagi rajin ke mahkamah.

Melihat pada hantaran tersebut, difahamkan 'KA' yang dimaksudkan adalah pemp£ngaruh terkenal Khairul Aming serta Kamal Adli.

Klik untuk gambar besar

Ujar Kamal dalam komen bal@s itu, dia tidak rajin ke mahkamah dan kalau boleh tidak mahu tahu lokasi mahkamah serta menyifatkan ianya bukan sesuatu yang menyeronokkan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat bapa kepada seorang cahaya mata, Hawra Uqaira serta mendoakan yang baik-baik buat rumah tangganya bersama pelakon Uqasha.

Sejak kebelakangan ini, nama Kamal menjadi perhatian ramai apabila dilihat rajin memuat naik hantaran serta membal@s komen di laman Thr£ads.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: