25 December 2025

AL-FATIHAH - IBU ZIANA, ANUAR ZAIN DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan kepada penyanyi Ziana Zain dan Anuar Zain atas pemergian ibunya, Robiah Abdul yang disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 10.42 malam Rabu.
Allahyarham Robiah Abdul menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Klang, Selangor pada usia 74 tahun akib@t kans£r hati.

Ziana yang berkongsi berita duk@ itu turut memaklumkan, ibunya sudah lama berdepan mas@lah kesihatan.

"Ya betul, emak baru meninggal dunia kira-kira pukul 10.42 malam tadi. Mak menghidap kans£r hati. Peny@kit itu sudah merebak ke usus dan buah pinggang. Keadaan mak semakin lemah sejak kebelakangan ini," katanya.

Kehilangan ini pastinya memberi k£san besar buat Ziana dan Anuar selepas pemergian bapa mereka iaitu Allahyarham Zain @ Zin Abdullah yang meninggal dunia pada 26 Ogos lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: