25 December 2025

JAWAPAN DALAM HATI KETIKA DITANYA SOAL JODOH - ISYARIANA MAHU JODOH YANG ADA SIFAT MACAM RASULULLAH TAPI SEDAR DIRI



"Sebenarnya bila orang tanya saya nak jodoh macam mana, jawapan dalam hati jodoh yang ada sifat macam Rasulullah SAW. Tapi tak tercakap sebab sedar diri. Jadi, saya pilih untuk 'single'."
Itulah ujar pelakon Isyariana, menerusi satu hantaran di media sosial, dimana katanya, dia memasang hasrat untuk dijodohkan dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri sama seperti Nabi Muhammad.

Tutur Isyariana lagi, jawapan itu sering terlintas apabila ada yang bertanyakan jodoh bagaimana yang dia mahukan, bagaimanapun perkara itu tidak pernah terucap kerana sedar dengan kekurangan diri.

Klik untuk gambar besar
Akui Isyariana dalam hantaran itu, dirinya masih 'single' dan mahu mencari lelaki yang berharta dan beriman, namun tidak menunjuk diri mereka kononnya alim.

Selain itu, tambahnya, lelaki berharta yang disebut bukan lelaki kaya raya sebaliknya bertanggunjgawab dan rajin bekerja dalam mencari nafkah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: