25 December 2025

PERGI SELEPAS HAMPIR 4 BULAN BAPA MENGHADAP ILAHI - JENAZAH IBU ZIANA, ANUAR ZAIN SELAMAT DIKEBUMIKAN : "ALLAHUAKBAR, SELAMAT JALAN MAK, SEMOGA BERBAHAGIA DI SANA"



Kira-kira jam 11 pagi Khamis, jenazah ibu kepada penyanyi Ziana Zain dan Anuar Zain iaitu Allahyarham Robiah Abdul, 74 telah pun selamat dikebumikan berdekatan dengan arwah suaminya, Allahyarham Zain @ Zin Abdullah, 87, di Tanah Perkuburan Islam Elmina, Shah Alam, Selangor.

Pr0ses pengebumian arwah ibu mereka berlangsung dengan tenang dan disaksikan ahli keluarga terdekat serta beberapa kenalan rapat.

Anuar dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menitiskan air mata sewaktu kali terakhir menatap wajah ibunya sebelum dikebumikan.

"Allahuakbar, selamat jalan mak, bahagia di sana," tutur Anuar dengan nada sebak selepas mengucup jenazah buat kali terakhir.

Klik untuk gambar besar

Selain Anuar, Ziana juga kelihatan sugul dan bersedih atas pemergian insan tersayang itu.

Kira-kira 150 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan serta sahabat terdekat hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Malah, kehadiran sekumpulan pelajar tahfiz yang membacakan doa dan tahlil turut menambah suasana hiba sepanjang majlis pengebumian Allahyarham Robiah yang mempunyai lima cahaya mata serta 13 cucu itu.
Allahyarham ibu Ziana dan Anuar itu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 10.42 malam Rabu di sebuah pusat perubatan di Klang, Selangor pada usia 74 tahun akib@t kans£r hati.

Sementara itu, pada ruangan komen di media sosial, ramai rakan artis dan netizen mengucapkan takziah kepada Ziana dan Anuar di atas pemergian ibu mereka serta mendoakan agar seisi keluarga tabah menghadapi ujian besar itu.

Kehilangan itu pastinya memberi k£san besar buat Ziana dan Anuar, apatah lagi ia berlaku dalam tempoh singkat iaitu hampir empat bulan selepas pemergian bapa mereka yang meninggal dunia akib@t kans£r pr0stat pada 26 Ogos lalu sekitar jam 3.32 petang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: