Nama pelakon Aprena Manrose, 32, ketika ini hangat diperkatakan selepas penampilan ketika menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul 'Nur Untuk Ariff' mendapat perhatian apabila dia dilihat tampil tidak memakai tudung.
Menerusi perkongsian video di sebalik tabir yang dimuat naik oleh D' Ayu Pictures di media sosial, Aprena atau nama sebenarnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, memperlihatkan rambut tanpa mengenakan tudung ketika menjayakan beberapa babak drama berkenaan.
Dalam perkongsian itu juga, Aprena bergandingan dengan pelakon Nazim Othman yang memegang watak utama dalam karya tersebut yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan.
Perkongsian video itu bagaimanapun menc£tuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, memandangkan sebelum ini Aprena pernah dikrit1k segelintir pihak yang mendakwa pendiriannya dalam pemakaian tudung dikatakan tidak konsisten atau 'on' dan 'off'.
Klik untuk gambar besar
Menurutnya lagi, apa sahaja penjelasan yang diberikan pasti tidak akan memuaskan hati semua pihak dan hanya beris1ko mengundang sal@h faham, selain juga mengakui menutup aurat merupakan satu kewajipan dalam agama Islam.
Namun kata adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu lagi, sebagai manusia biasa, dia tidak terlepas daripada melakukan kesil@pan dan masih melalui pr0ses pembelajaran dalam menjalani kehidupan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment