"Saya okay, tetapi tak kuat macam dulu. Saya terima dengan tenang dan lapang dada. Saya buat apa yang termampu. Dulu boleh 'all out', guna banyak tenaga. Sekarang dah tak sangat."
Itulah kata pelakon Zara Zya, 40, dimana dia kuat berdepan ujian dan sudah berlapang dada selepas disahkan menghidap 'renal cell carcin0ma' atau sel kans£r buah pinggang tahap satu.
Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, yang kelihatan tenang dan ceria itu bagaimanapun memaklumkan, dia kini tidak lagi sekuat dahulu.
Klik untuk gambar besar
"Saya sudah aktif bekerja. Sekarang ini perlu makan ubat, jalani rawatan fisi0terapi dan pergi 'check-up' sahaja. Syukur saya dapat tahu awal. Buah pinggang pun buang sebahagian sahaja," jelasnya.
Disamping itu, Zara berharap perkongsian yang dibuat di laman sosial miliknya itu mampu memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa memantau tahap kesihatan masing-masing.
Sebelum ini, Zara berkongsi keadaan kesihatan dirinya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Thr£ads, baru-baru ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment