26 December 2025

SAHKAN SUDAH BERCERAI - RUMAH TANGGA DAYANA ROZA TERLERAI SELEPAS 5 TAHUN



"Ya memang saya hadir ke mahkamah tersebut untuk pr0ses cerai. Saya kini sah bercerai talak satu. Kini saya sedang menjalani tempoh idah."
Demikian kata pelakon Dayana Roza, 34, dimana dia mengesahkan rumah tangganya bersama suami, usahawan A'dale Adham Ayahudin sudah pun terlerai apabila sah bercerai pada 18 Disember lalu.

Jelas Dayana atau nama penuhnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, dia ke mahkamah pada tarikh tersebut untuk pr0ses cerai dan kini dalam tempoh idah.

Dalam pada itu, maklumnya lagi, tahun lalu dia hampir bercerai dan kini sudah tertulis jodoh mereka setakat ini sahaja selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

"Sebenarnya tahun lalu kami pernah hampir bercerai. Tetapi saya memberi peluang kedua untuk pulihkan keadaan. Namun nampaknya sampai di sini sahaja jodoh kami," jelasnya.

Disamping itu, Dayana yang memiliki dua anak yang masih kecil, berkata, dia akan kembali aktif dalam bidang lakonan demi membesarkan anak-anaknya.

"Saya perlu bekerja keras demi membesarkan anak-anak. Insya-Allah kalau ada tawaran yang sesuai dan kena dengan waktu, saya akan terima. Saya menjaga anak-anak. Mereka masih kecil dan perlukan perhatian.

"Sebelum ini saya banyak tolak tawaran lakonan demi menumpukan perhatian kepada keluarga. Tetapi kini, saya perlu kembali mencari rezeki," ujar pelakon yang bakatnya digilap menerusi pr0gram realiti Anak Wayang itu.

Untuk makluman, Dayana dan A'dele berkahwin pada 25 Disember 2020 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika kini berusia dua tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: