"Mungkin sebab arwah emak sedih dan kemurvngan selepas abah pergi, jadi peny@kit kans£r yang dihidapi lagi cepat meny£rang.
"Mereka dah berkahwin selama 58 tahun sejak umur emak 16 tahun. Jadi arwah abah itu adalah segala-galanya buat mak kerana itulah dunia dia.
"Bila tengok kisah hidup emak dengan abah, saya rasa seperti menonton filem cinta. Inilah yang orang katakan sehidup sem@ti dan cinta abadi. Tak banyak pasangan ada cinta seperti itu."
Itulah ujar penyanyi Ziana Zain, 57, dimana dia menyifatkan kedua ibu bapanya iaitu Zain @ Zin Abdullah dan Robiah Abdul yang meninggal dunia dalam tempoh singkat pada tahun ini sebagai pasangan sehidup sem@ti.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, dedah Ziana, selepas pemergian bapanya pada Ogos lalu, ibunya cuba menyembunyikan kesedihan, namun jelas kelihatan arwah ibunya itu berada dalam fasa terendah dalam hidupnya.
"Emak memang pernah cakap dia dah tak ada apa selepas abah pergi, sementara kami adik-beradik pula dah ada kehidupan masing-masing bersama anak-anak dan pasangan," tuturnya.
Kongsi Ziana lagi, ibunya itu tidak meminta apa-apa sebelum pergi, tetapi ada berpesan agar mereka mengebumikan jenazah berhampiran kediaman keluarga.
"Sebelum pergi, emak tak ada cakap apa-apa cuma ada berpesan sekiranya dia meninggal, mak minta kami kebumikan mak berhampiran dengan tempat tinggal kami. Mak kata jangan sus@h-sus@h bawa balik Melaka.
"Selain itu, mak juga berpesan supaya kami adik-beradik tidak berp£cah. Sikit sama sikit, banyak sama banyak. Jadi saya cakap pada mak, Insya-Allah saya akan cuba pegang kata-katanya itu," jelasnya.
Allahyarham Robiah meninggalkan lima cahaya mata termasuk penyanyi Anuar Zain, serta 13 cucu selepas meninggal dunia pada malam Rabu setelah disahkan menghidap kans£r hati setahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment