Susulan tindakan melakukan 'inline skating' atau aktiviti berkasut roda di atas trek larian di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pelakon dan model iaitu Zahnita Wilson, 40, telah berdepan kec@man orang ramai.
Tindakan Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, itu mengundang rasa kurang senang netizen kerana aktiviti itu dianggap tidak sesuai dilakukan di tempat berkenaan.
Malah tindakan pelakon dan model itu berkasut roda dikatakan boleh mer0sakkan trek stadium tersebut yang kini kembali dibuka untuk orang ramai sejak awal tahun ini.
"Zahnita! Apa ni? Trek itu bukan untuk inline skating."
Klik untuk gambar besar
"Jah@nam trek. Macam mana pengawal boleh lepaskan pakai roller-blade dalam trek ini," antara komen-komen netizen yang diluahkan selepas Zahnita memuat naik video sedang menikmati aktiviti berkasut roda.
Menerusi ruangan kapsyen, Zahnita juga menulis tentang kenangan di stadium berkenaan hampir 20 tahun lalu ketika menyaksikan konsert penyanyi Michael Jackson.
"Stadium ini kelihatan lebih kecil berbanding ketika saya menonton Michael Jackson 20 tahun lalu," ujarnya.
Sementara itu, difahamkan, pihak Stadium Merdeka telahpun meletakkan garis panduan beberapa aktiviti yang tidak dibenarkan di tempat berkenaan.
Antara yang ditekankan adalah tidak boleh berkasut roda atau papan selaju selain aktiviti berbasikal di trek.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment